Hand Book
TARBIYAH ISLAMIYAH
SERI MAKRIFATULLAH

Oleh:
ASRUL
RAHMAN, S.Pd.I
BINUANG
AMASSANGAN
2014
Ma'rifatur
Rasul
1. Pendahuluan
Mengenal
Rasul adalah suatu kewajiban bagi setiap muslim untuk mengamalkan Islam secara
sempurna. Tanpa Rasul maka kita tidak dapat melaksanakan Islam dengan baik.
Kehadiran Rasul memberikan panduan dan bimbingan kepada kita bagaimana cara
mengamalkan Islam. Dengan demikian Rasul adalah penting bagi muslim sebagai
metod atau tariqah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Mengenal
Rasul tidak sahaja dalam bentuk fizikal atau penampilannya tetapi segala aspek
syar'i berupa sunnah yang didedahkan Nabi kepada kita sama ada tingkah laku,
perkataan ataupun sikap. Pengenalan kepada Rasul dapat dilihat melalui sirah
nabi yang menggambarkan kehidupan Nabi serta latar belakangnya seperti nasab.
Kemudian melalui sunnah dan dakwah Nabi pun dapat memberikan penjelasan siapa
Nabi sebenarnya.
Makrifatur
Rasul ini membincangkan bagaimana mengenal Rasul, apa sahaja yang perlu dikenal
dari Rasul dan bagaimana pula kita mengamalkan Islam melalui petunjuk Rasul.
Yang penting dari pakej ini adalah kita mengetahui, memahami dan dapat
mengamalkan Sunnah Nabi dan menjalankan Ibadah dengan baik.
Dengan
mengenal Rasul diharapkan kita dapat mencintai Rasul dan mengikutinya, perkara
ini sebagai cara bagaimana kita taat dan mencintai Allah SWT. Oleh itu mengenal
Rasul tidak sahaja dari segi jasad, nasab dan latar belakangnya, tetapi
bagaimana beliau beribadah dan beramal soleh. Sesetengah masyarakat mengetahui
dan mengamalkan sunnah Nabi dari segi ibadah sahaja bahkan dari segi penampilan
sahaja. Sangat jarang muslim yang mengambil contoh kehidupan Nabi secara
keseluruhannya sebagai contoh, misalnya peranan Nabi dari segi politik,
pemimpin, peniaga dan juga Nabi sebagai suami, ayah dan ahli di masyarakat.
Semua peranan Nabi ini perlu dicontoh dan diikuti sehingga kita dapat
mengamalkan Islam secara sempurna dan menyeluruh. Walaupun demikian, ummat
Islam masih menjadikan Nabi sebagai Rasul adalah dari segi lafaz atau kebiasaan
ummat Islam bersalawat ke atas Nabi. Bagaimanapun ummat Islam yang sholat akan
selalu bersalawat ke atas nabi dan selalu menyebutnya.
Pengenalan
kepada Rasul juga pengenalan kepada Allah dan Islam. Memahami Rasul secara
komprehensif adalah cara yang tepat dalam mengenal Islam yang juga
komprehensif. Rasul dikenal sebagai peribadi teladan dan ikutan yang unggul dan
lelaki terpilih di antara manusia yang sangat layak dijadikan model bagi setiap
muslim. Bererti Nabi adalah ikutan bagi setiap tingkah laku, perkataan dan
sikap yang disunnahkannya.
Mencintai
Nabi sebagai hasil dari mengenal Rasul tidak sahaja dalam menyebut namanya
setelah sholat, mengadakan acara barzanji, merayakan hari maulid Nabi dan
bentuk acara-acara lainnya.Kemudian mereka tidak mengamalkan sunnah ataupun
tingkah laku asas yang dimilikinya seperti sidiq, tabligh, amanah dan fatanah.
Keadaan demikian sangat merugi bagi setiap muslim. Atau sebahagian sangat
taasub dengan pakaian Nabi, sorban, songkok dan sebagainya, sebahagian lagi
sekedar mengutip hadits Nabi untuk ceramahnya tetapi tidak diamalkan, bahkan
ada yang menolak beberapa sunnah atau tingkah laku Nabi. Keadaan demikian,
berlaku ditengah masyarakat awam sebagai akibat dari tidak fahamnya mereka
kepada Rasul secara benar dan utuh.
Bagi
ummat Islam yang terlibat dengan dakwah Islam, ramai yang tidak merujuk kepada
metod atau minhaj Nabi dalam berdakwah sehingga tidak mendapatkan hasil yang
optima. Kegagalan dakwah sentiasa dihadapi oleh para da'i, ketidak berkesanan dakwah
dan kurangnya hasil atau bekas dakwah sebagai bahagian penilaian dakwah. Dengan
mengenal Rasul, kita dapat menyimpulkan bahawa dakwah yang dibawa oleh Rasul
adalah dakwah yang berkesan dan sudah menghasilkan perubahan-perubahan
masyarakat ke arah yang positif. Bahkan Rasul telah membuktikan bahawa Islam
menyebar ke seluruh dunia dan Islam dipegang oleh berbagai suku atau bangsa di
dunia ini. Kemudian kegagalan pada saat ini disebabkan kerana tidak merujuk
kembali bagaimana kejayaan dan kegemilangan yang telah dicapai Nabi dulu.
Metode
Rabbani yang dibawa oleh Rasul perlu difahami dan diamalkan dengan baik.
Objektif ini dicapai apabila kita mengenal Rasul. Pakej ini mencoba untuk
membentangkan apa sahaja keperluan kita mengenal Rasul, supaya kita mempunyai
motivasi dan sedar tenteng keperluan kita memahami Rasul, Kemudian definisi
Rasul, peranan Rasul, sifat-sifat Rasul, tugas Rasul ciri-ciri risalah
Muhammad, Kewajiban kita terhadap Rasul, dan akhirnya hasil yang kita dapati
dengan mengikuti risalah Rasul.
2. Hajatul Insan Ila Rasul
Sinopsis
Setiap
manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah, dimana manusia bersih, suci
dan mempunyai kecenderungan yang baik dan ke arah positif iaitu ke arah Islam.
Fitrah manusia di antaranya adalah mengakui kewujudan Allah sebagai pencipta,
keinginan untuk beribadah dan menghendaki kehidupan yang teratur. Fitrah
demikian perlu diaplikasikan ke dalam kehidupan sehari-hari melalui petunjuk Al
Qur'an (Firman-firman dan panduan dari Allah SWT) dan panduan Sunnah (Sabda Nabi
dan perbuatannya). Semua panduan ini memerlukan petunjuk dari Rasul khususnya
dalam mengenal pencipta dan sebagai panduan kehidupan manusia. Dengan cara
mengikuti panduan Rasul kita akan mendapati ibadah yang sohih.
3. Hasiyah
1. Al Insan
F
Sarahan
·
Al Insan (manusia) adalah ciptaan Allah SWT
yang diberikan banyak kelebihan dan keutamaan dibandingkan dengan makhluk Allah
lainnya.
·
Di antara kelebihan manusia adalah fitrah.
Agama Allah yang dijadikanNYa kepada manusia sesuai dengan fitrahnya.
F
Dalil
·
30:30 Manusia diciptakan sesuai dengan
fitrahnya
2. Fitrah
Sarahan
·
Fitrah yang ada pada manusia dapat menilai
baik buruk tingkah laku masyarakat ataupun dirinya.Ini disebabkan kerana fitrah
dimiliki oleh manusia semenjak ia lahir, samada dilahirkan oleh ibu bapa kafir ataupun
jahiliyah. Kecenderungan yang baik sentiasa membawa manusia ke arah Islam
seperti pengakuannya kepada Allah sebagi pencipta (Rab). Perubahan fungsi dan
peranan fitrah ini terjadi kerana pengaruh persekitaran termasuk pengaruh ibu
bapa ataupun lingkungan sosial. Yang menjadikan manusia berubah dari fitra
kepada nasranai, yahudi dan majusia juga disebabkan oleh pengaruh ibu bapanya.
·
Fitrah dapat dijadikan sebagai saksi bagi
segala perbuatannya. Fitrah manusia sudah dibekali oleh Allah SWT dengan nilai-nilai
semula jadi yang dapat menilai suatu tingkah laku. Beberapa fitrah manusia
adalah keinginan manusia untuk mengabdi kepada Kholiq, mengakui keberadaan
Allah SWT sebagai kholiq dan keinginan manusia untuk hidup teratur.
Dalil
·
30:30, Hadits: Setiap anak dilahirkan atas
fitrahnya, kemudian ibu bapanya yang menjadikan anak yayahudi, majusi dan
nasrani
·
75:14, manusia menjadi saksi ke atas
dirinya sendiri
·
27:14, hati mereka meyakini walaupun
mengingkari
3. Wujudul Kholiq
Sarahan
·
Kewujudan pencipta merupakan sesuatu yang
tak dapat diingkari. Manusia pada dasarnya mengakui perkara ini. Allah sebagai
pencipta (Rab) di dalam Al Qur'an diakui oleh orang kafir sekalipun. Perjanjian
manusia ketika di dalam rahim ibunya juga menyatakan bahawa "alastu birobbikum
Qolu bala syahidna". Manusia menerima Allah sebagai rab. Begitupun ketika
orang kafir Qurays ditanya berkaitann dengan pencipta langit, bulan, bintang
dan sebagainya maka dijawab Allah. Hal ini menunjukkan bahawa Allah sebagai Rab
diakui dan diiktiraf oleh manusia tetapi tidak semuanya yang mengakui Allah
sebagai Ilah.
Dalil
·
23: 83-90, apabila ditanya kepada orang
kafir jahiliyah siapakah yang mempunyai bumi dan orang yang diatasnya, siapakah
yang mempunyai tujuh langit? maka jawabannya adalah Allah.
·
7:172, apakah aku Rab kamu, mereka berkata
ya kami menyaksikannya.
4. Ibadatul Kholiq
Sarahan
·
Manusia secara umum mendapat arahan dari
Allah SWT untuk mengabdi kepadaNya. Pengabdian kepada Allah adalah sebagai
hasil dan akibat dari pengakuan kita kepada Allah sebagai pencipta. Mengakui
Pencipta bererti mengakui apa yang disampaikanNya, menerima arahanNya,
menjalankan Undang-undangNya dan sebagainya. Usaha-usaha ini adalah bahagian
dari bentuk pengabdian kita kepada Allah SWT
Dalil
·
2:21, Wahai manusia, sebahlah Tuhanmu yang
menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu.
5. Hayatul Munadhomah
Sarahan
·
Petunjuk dari Allah adalah untuk memandu
manusia ke arah yang baik. Semua arahan dan bimbingan dari Allah SWT adalah
baik bagi manusia yang diciptaNya kerana sesuai dengan fitrah manusia. allah
sebagai pencipta tahu mengenai ciptaannya secara pasti sehingga Allah dapat
memebrikan panduan yang juga tepat bagi manusia. Tanpa petunjuk bererti hidup
manusia menjadi tidak teratur dan tanpa arah tujuan, ia mengikuti hawa nafsunya
sahaja yang tidak jelas kemana pergi. Mereka akan tersesat di jalan yang tidak
benar.
Dalil
·
28:50, mengikuti panduan Allah menjadi
hidup teratur, manakala tidak mengikuti Allah bererti mengikuti hawa nafsu dan
menjadi sesat (tidak teratur hidupnya)
6. Hidayatur Rasul
Sarahan
·
Jika kita hendak mengikuti perintah Allah
maka kita mesti mengikuti perintah Rasul. Apabila kita ingin mengasihi Allah
maka kita perlu petunjuk Rasul. Kaedah ini adalah kaedah yang Rabani dibawa
oleh Islam. Oleh kerana itu syahadatain pun terdiri dari pengakuan kepada dua
iaitu Allah dan RasulNya. Mengikuti petunjuk rasul berreti kita mengikuti jalan
agama Allah yang mempunyai langit dan apa-apa yang di bumi.
Dalil
·
3:31, Jika mencintai Allah maka ikuti rasul
·
43:53, mengembalikan semua urusan kepada
Allah.
·
36: 1-2, Al Qur'an yang berhikmah
7.Makrifatul Kholiq
Sarahan
·
Petunjuk rasul digunakan untuk mengenal
Allah. Mengenal Allah juga dapat dilakukan dengan cara memperhatikan dan
memikirkan alam sebagai penciptaanNya. Melihat gunung-ganang, haiwan dan
sebagainya merupakan cara untuk mengenal Allah secara ayat Kauniyah.
Dalil
·
31:10, Allah menciptakan langit, gunung,
haiwan dan sebagainya
·
3:191, Allah menciptakan segala sesuatu
tidak dengan sia-sia
8. Minhajul hayah
Sarahan
·
Petunjuk Rasul juga digunakan untuk
mengamalkan Islam yang benar dan yang direhai oleh Allah SWT. Rasul sebagai
ikutan dan teladan yang baik untuk diikuti dalam mengamalkan Islam secara
benar.
·
Panduan hidup melalui Islam mesti diamalkan
mengikuti teladan kita kepada Rasul
Dalil
·
33:21, Rasul sebagai teladan yang baik
·
3:19, Islam sebagai dien yang Allah redhai
·
3:85 Orang yang merugi apabila tidak
mengamalkan Islam
9. Ibadatul Shohih
Sarahan
·
Ibadah sohih adalah ibadah yang menyembah
Allah dengan panduan mengikuti Rasul. Rasul sebagai penerima wahyu dari Allah
perlu diikuti dan sebagai keperluan bagi kita untuk menjadikannya sebagai model
dan petunjuk dalam menjalankan ibadah yang benar.
·
Rasul sebagai manusia yang mendapat lesen
dari Allah SWT untuk mengembangkan dan menyebarkan nilai-nilai Islam secara sah
dan tepat. Allah telah menyebutkan pada banyak ayat yang menyatakan bahawa
Rasul diberi wahyu dan diberi tugas untuk menyampaikannya kepada manusia.
Dalil
·
21:25, Rasul diberi wahyu yang menyebutkan
bahawa tiada tuhan selain Allah oleh itu sembahlah Allah.
10. Ringkasan
Dalil
Insan - fitrah (75 : 14, 27 :
14)
Kewujudan Pencipta (23 : 83-90)
Mengabdi pada sang Pencipta
(2:21)
Hidup yang teratur (28:50)
Petunjuk rasul (36:1-2, 42: 53,
3:31)
Mengenal pencipta yang Haq
(31:10, 3:191)
Panduan hidup (3:19,85, 33:21)
Beribadah yang benar (21:25)
11. Ta'rifur Rasul
Sinopsis
Rasul
adalah seorang lelaki yang terpilih dan yang diutus oleh Allah dengan risalah
kepada manusia. Definisi rasul ini menggambarkan kepada kita bagaimana manusia
sebagai Rasul yang terbaik di antara manusia lainnya. Sehingga apa yang dibawa,
dibincangkan dan dilakukan adalah sesuatu yang terpilih dan mulia dibandingkan
dengan manusia lainnya. Rasul sebagai pembawa risalah yang Allah berikan
kepadanya dan juga Rasul sebagai contoh dan teladan bagi aplikasi Islam di
dalam kehidupan seharian. Untuk lebih jelasnya bagaimana mengenal Rasul yang
menjalankan peranan pembawa risalah dan sebagai model, maka kita perlu mengenal
apakah ciri-ciri dari Rasul tersebut. Ciri-ciri Rasul adalah mempunyai
sifat-sifa yang asas, mempunyai mukjizat, sebagai pembawa berita gembira, ada
berita kenabian dan memiliki ciri kenabian, juga nampak hasil perbuatannya.
12. Hasiyah
1. Ar Rasul
Sarahan
·
Rasul adalah lelaki yang dipilih dan diutus
Allah dengan risalah Islam kepada manusia. Rasul adalah manusia pilihan yang
kehidupannya semenjak kecil termasuk ibu dan bapanya sudah dipersiapkan untuk
menghasilkan ciri-ciri kerasulannya yang terpilih dan mulia. Mengenal rasul
mesti mengetahui apakah peranan dan fungsi rasul yang dibawanya. Terdapat dua
peranan rasul iaitu membawa risalah dan sebagai model.
·
Rasul sebagai manusia biasa yang diberikan
amanah untuk menyampaikan risalah kepada manusia.
Dalil
·
18:110, Rasul sebagai manusia biasa seperti
mu
·
6:9, Rasul dalam bentuk Rajul bukan
malaikat
·
33:40, Muhammad SAW sebagai Rasul Allah
2. Hamilu Risalah
Sarahan
·
Rasul membawa risalah kepada manusia,
banyak disampaikan di dalam ayat Al Qur'an. Tugas menyampaikan wahyu dan
risalah ini adalah tugas dan amanah wajib bagi setiap Rasul. Apa sahaja yang
Rasul terima dari Allah maka disampaikan wahyu tadi kepada manusia.
·
Rasul dan orang yang menyampaikan risalah
Islam tidak akan takut dengan segala bentuk ancaman kerana ia yakin bahawa yang
dibawa dan disampaikannya adalah milik Allah yang memiliki alam semesta dan
seisinya. Dengan demikian apabila kita menyampaikan pesan sang pencipta maka
pencipta (Allah) akan melindungi dan menolongnya.
Dalil
·
5:67, Rasul menyampaikan apa-apa yang
diterimanya dari Allah
·
33:39, orang yang menyampaikan risalah
Allah, mereka tidak takut kepada sesiapapun kecuali hanya kepada Allah sahaja.
3. Qudwatu fi tatbiqu risalah
Sarahan
·
Dalam menjalankan dan mengamalkan Islam,
tidak akan mungkin seorang manusia dapat memahami langsung apa-apa yang ada di
dalam Al Qur'an kecuali apabila dapat petunjuk dan contoh dari Nabi. Muhammad
dan para rasul lainnya mempunyai peranan dalam menjembatani pesan-pesan dari
Allah agar dapat diaplikasikan kepada Manusia. Nabi Ibrahim AS sebagai contoh
dalam mengelakkan diri dari menyembah sembahan berhala . Walaupun demikian
sebagai umat Muhammad yang wajib diikuti hanya kepada Nabi Muhammad sebagai
penutup para nabi dan yang sesuai dengan pendekatan bagi manusia sekarang.
Dalil
·
33:21, Muhammad (Rasul) sebagai qudwah yang
baik
·
60:4, Ibrahim AS sebagai ikutan dalam
melaksanakn Aqidah
4. Alamatu risalah
Sarahan
·
Agar memahami peranan Rasul lebih mendalam
maka kita perlu mengetahui apakah ciri-ciri Rasul sebenarnya. Rasul yang
membawa peranan dan amanah yang cukup berat dalam menjalankan tugasnya
mempunyai beberapa keistimewaan yang dijelaskan dalam ciri-ciri Rasul itu
sendiri. sifat asa, mukjizat, basyirat, nubuwah dan tsamarat.
5. Sifatul Asasiyah
Sarahan
·
Sifat asas rasul adalah akhlak mulia yang
terdiri dari sidiq, tabligh, amanah dan fatanah. Sifat asas dan utama ini mesti
dipunyai oleh setiap rasul dan orang yang beriman. Tanpa sifat ini maka seorang
mukmin kurang mengikuti Islam yang sebenarnya bahkan dapat menggugurkan
keislamannya. Misalnya sifat dasar sidiq, RasullulLah menekankan bahawa
kejujuran sebagai akhlak yang utama, tanpa sidiq maka gugur keislamannya.
Dengan kejujuran yang dimiliki walaupun ia berbuat dosa seperti merogol atau
mencuri, masih dapat dimaafkan apabila ia masih mempunyai sifat sidiq. Dengan
sifat asas ini maka manusia dijamin hidupnya didunia dan di akhirat akan
bahagia.Sifat asas juga bersifat universal ini sangat strategik bagi setiap
mukmin dalam menjalankan Islam dan memelihara dirinya dari segala cabaran.
Dalil
·
68:4, Rasul mempunyai akhlak yang mulia.
6. Mukjizat
Sarahan
·
Banyak mukjizat yang dibawa oleh para
Rasul. Setiap Rasul membawa mukjizat yang diberi Allah berbeza-beza seperti
nabi Ibrahim yang tidak terbakar, nabi Musa yang membelah lautan, nabi Sulaiman
dapat bercakap dengan segala makhluk, nabi Daud yang mempunyai kekuasaan dan
lainnya. Nabi Muhammad sendiri banyak mukjizat yang Allah SWT berikan misalnya
membelah bulan ketika dicabar oleh orang kafir, Al Qur'an, makluman awal
terhadap segala peristiwa yang berlaku dan sebagainya.
·
Dengan mukjizat ini maka manusia semakin
yakin dengan apa yang diberikan oleh para Rasul kepada manusia.
Dalil
·
54:1, Rasul membelah bulan
·
15:9, Al Qur'an yang dipelihara oleh Allah
7. Al Mubasyarat
Sarahan
·
Ciri kerasulan adalah sudah dimaklumkan
oleh manusia-manusia sebelumnya mengenai kedatangannya. Nabi Muhammad SAW sudah
dimaklumkan ketika zaman Nabi Isa AS, bahawa akan datang seorang Rasul yang
bernama Ahmad (terpuji).
Dalil
·
61:6, berita gembira yang memaklumkan
kedatangan nabi Muhammad SAW
8. An Nubuwah
Sarahan
·
Ciri-ciri rasul lainnya adalah adanya
berita kenabian seperti membawa perintah dari Allah untuk manusia keseluruhan
seperti perintah haji (pada zaman Nabi Ibrahim) dan perintah - perintah Allah
di dalam Al Qur'an (pada zaman Nabi Muhammad)
Dalil
·
22:26-27, Nabi Ibrahim disuruh oleh Allah
untuk memberitahukan kepada manusia agar berhaji.
·
6:19, Al Qur'an adalah wahyu kepada rasul
dan sebagai berita kenabiannya.
·
25:30, Rasul mengajak ummatnya kepada Al
Qur'an tetapi mereka meninggalkannya.
9. Attsamarat
Sarahan
·
Ciri Rasul adalah ada hasil dari perbuatan
dakwah dan harakahnya. Tidak ada hasil maka bererti tidak melakukan. Dengan
melakukan maka akan menghasilkan hasil walaupun sedikit. Nabi dan Rasul telah
membuktikan kepada kita bagaimana hasil dari usaha-usaha dakwah mereka. Nabi
Muhammad SAW telah membuktikan dengan usahanya maka didapati perubahan
masyarakat dari jahiliyah kepada islamiyah, dari kemusyrikan kepada keimanan
dan perubahan-perubahan lainnya. Islam pun tersebar ke seluruh dunia dengan
meninggalkan banyak bukti-bukti sejarah yang sampai saat ini dapat dilihat dan
dibuktikan.
·
Kader Nabi iaitu para sahabat adalah bukti
nyata yang menjadikan perubahan-perubahn di jazirah Arab dan seluruh dunia.
Dalil
·
48:29, hasil tarbiyah dan dakwah Rasul
adalah kader-kader yang tangguh.
Ringkasan Dalil
Rasul adalah lelaki yang dipilih
dan diutus Allah dengan risalah Islam kepada manusia (5:67, 33:39)
Teladan dalam melaksanakan
risalah (33:21, 56, 60:4)
Tanda tanda kerasulan:
Sifat (68:4)
Mukjizat (54:1, 15:9)
Berita kedatangan (61:6)
Berita kenabiaan (25:30,
22:26-27)
Hasil hasil perbuatan (48:29)
13. Makanatur Rasul
Sinopsis
Muhammad
Rasulullah SAW adalah sebagai hamba di antara hamba-hamba Allah lainnya.
Sebagai hamba maka Rasul mempunyai ciri yang juga sama dengan manusia lainnya
seperti beliau sebagai manusia, mempunyai nasab dan jasadnya. Sebagai hamba ini
menunjukkan bahawa Nabi adalah manusia biasa yang Allah berikan kemuliaan
berupa wahyu dari Allah. Untuk mengetahui Nabi sebagai hamba dapat kita ketahui
secara pasti dari perjalanan sirah Nabi , khususnya di dalam fiqh sirah. Selain
itu Nabi Muhammad SAW juga sebagai rasul di antara para rasul. Sebgai rasul ,
Nabi bersifat menyampaikan risalah, menjalankan amanah dari Alah, dan sebagai
pemimpin ummat. Perjalanan nabi sebgai Rasul dalam menyampaikan dakwah dan misi
dapat dilihat dari dakwah-dakwah Nabi seperti di dalam fiqh dakwah. Selain itu
Nabi Muhammad SAW juga membawa sunnah yang dijadikan sebagai fqhul Ahkam.
Kedudukan Rasul dapat digambarakan didalam sirah nabi, sunnahnya dan dakwahnya
sehingga dari kedudukan ini banyak yang kita ambil sebagai fiqh sirah, fiqh
ahkam dan fiqh dakwah.
14. Hasiyah
1. Abid min ibadillah
Sarahan
·
Rasul Muhammad SAW adalah sebagai hamba dan
manusia biasa yang juga makan, minum, pergi ke pasar, beristeri, berniaga dan
segala aktiviti manusia dikerjakan dan ditunaikan dengan baik. Rasul
melaksanakan keperluan dan keperluan sebagai mana manusia lainnya melaksanakan
keperluannya. Dari keadaan ini dapat disimpulkan bahawa Rasul sebagai manusia
dan kita pun sebagai manusia sehingga apa yang dikerjakan oleh Nabi juga dapat
dilaksanakan oleh kita secara baik. Tidak ada alasan untuk tidak mengerjakan
perintah Rasul kerana Allah telah mengutus Rasul dari kalangan manusia juga.
·
Yang membezakan rasul dengan manusia yang
lain ialah Rasul mendapat wahyu iaitu menyuruh kita mengilahkan Allah sahaja.
Dalil
·
18:110, Rasul adalah manusia biasa
seumpamamu
·
17:1, Rasul disebut oleh Allah sebagai
hambanya
a. Insan
Sarahan
·
Rasul sebagai manusia digambarkan makan, ke
pasar dan sebagainya. Perilaku ini menggambarkan suatu aktiviti sehari-hari
manusia. Apabila Rasul sebagai manusia maka dakwah mudah dilaksanakan dan mudah
diterima, tidak ada alasan bagi manusia untuk menolaknya. Apabila malaikat
sebagai Nabi maka banyak alasan untuk tidak melaksanakan perintah Allah. Kaum
Yahudi sentiasa menyoal kehadiran Rasul yang berasal dari manusia. Sebetulnya
mereka mengada-adakan soalan yang didasari kekufurannya kepada Allah.
·
Rasul sebagai manusia juga dijelaskan
dengan peranan Rasul sebagai suami dan bapa dari anak-anaknya. Dengan peranan
ini menjadikan manusia lebih sempurna dan dapat mengikutinya dengan baik setiap
amalan dan arahannya.
Dalil
·
25:7, Rasul sebagai manusia yang juga
makan, berjalan ke pasar
·
13:38, Rasul mempunyai isteri, anak.
b. Nasab
Sarahan
·
Rasul berasal dari kaum Quraish. Bapanya
yang bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Beliau mempunyai keluarga dan
keturunan yang jelas. Begitupun tentang sejarah kelahiran dan asal usulnya.
Sejarah yang menjelaskan bagaimana nabi dibesarkan sehingga menjadi Rasul juga
banyak terdapat di berbagai buku sirah Nabi.
Dalil
·
Hadits dan Sirah Nabi
c. Jism
Sarahan
·
Jism nabi Muhammad SAW digambarkan banyak
oleh hadits seperti rambutnya yang rapi dan selalu disikat kemas, badannya yang
kuat, tingginya sederhana dan sebagainya. Dari gambaran jasad ini Nabi adalah
manusia yang juga sebagai manusia biasa lainnya.
Dalil
·
Hadits dan sirah
d. Sirah Nabawiyah
Sarahan
·
Penggambaran Nabi sebagai hamba Allah
terdapat di dalam sirah nabawiyah. Penggambaan ini dijadikan sebagai pengajaran
, menerangkan sesuatu dan juga dapat sebagai petunjuk bagi kita yang
membacanya. Dari sirah nabawiyah dapat disimpulkan bahawa Nabi sebagai hamba
Allah dan menjalankan aktiviti-aktivitinya sebagai manusia biasa.
Dalil
·
12:111, Kisah di dalam sirah dijadikan sebagai
pelajaran
2. Rasul minal mursalin
Sarahan
·
Muhammad SAW selain sebagai hamba biasa
juga sebagai Rasul yang mempunyai keutamaan dan ciri-ciri kerasulan. Muhammad
seperti Rasul lainnya juga mempunyai mukjizat dan tugas-tugas mulia. Walau
bagaimanapun Rasul juga seperti manusia yang akan meninggal pada saatnya.
Dalil
·
3:144, Muhammad itu sebagai Rasul yang
sesungguhnya telah terdahulu beberapa Rasul sebelumnya.
a. Tabligh Risalah
Sarahan
·
Peranan Rasul yang utama adalah
menyampaikan risalah Tuhan kerana inilah yang membezakan nya dengan manusia
biasa. Rasul membawa manusia untuk mengabdi kepada Ilah yang satu iaitu Allah
SWT. Menyampaikan misi Islam dan memberikan contoh adalah aktiviti utama para
Rasul
Dalil
·
72:28, Rasul-rasul itu telah menyampaikan risalat
Tuhannya.
·
33:39, Rasul yang menyampaikan risalah
Agama Allah
b. Adaul Amanah
Sarahan
·
Rasul telah menunaikan amanahnya sebagai
rasul iaitu menyampaikan risalah kepada manusia. Menunaikan amanah dan tugas
menyampaikan misi ini merupakan peranan Rasul. Bukti bahawa Rasul telah
menunaikan amanah ini adalah pengikut-pengikutnya yang setia dan menyebarkan
dakwah kepada manusia.
Dalil
·
72:28, Rasul telah menyampaikan risalat
Tuhannya.
·
5:67, Rasul diperintahkan untuk
menyampaikan apa-apa yang diterimanya dari Allah
c. Imamatul Ummat
Sarahan
·
Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul juga
sebagai Imam yang bertanggung jawab ke atas ummatnya. Pada hari kiamat Nabi
berperanan sebagai Ummat. Hal ini menunjukkan bahawa Nabi juga bertanggungjawab
terhadap apa-apa yang sudah disampaikan kepada ummatnya. Ketika dihari
penghitungan di hari kiamat Nabi mempertanggungjawabkan ummatnya.
Dalil
·
4:41, Nabi Muhammad sebagai saksi bagi
ummatnya
·
17:71, setiap manusia dengan imamnya di
hari kiamat
d. Dakwah Nabawiyah
Sarahan
·
Al Qur'an dan juga Sirah banyak menjelaskan
dakwah nabi. Dari kedua ini muncul fiqh dakwah yang bersesuai dengan realiti,
tuntutan, keadaan dan respons tempatan. Misalnya Allah menceritakan perjalanan
Hijrah Nabi bersama Abu Bakar yang berada di gua Tsur, didapati banyak ular dan
berbagai haiwan yang berbahaya, kemudian nabi berkata janganlah takut
sesungguhnya Allah bersama kami. Ayat yang menggambarkan dakwah ini menjadi
fiqh dakwah bagi para da'i saat ini khususnya memotivasikan kita agar sentiasa
berdakwah walaupun menghadapi banyak cabaran dan rintangan.
Dalil
·
9:40, Rasul menasehati Abu Bakar, janganlah
berduka cita sesungguhnya Allah bersama kami.
3. Sunnah
Sarahan
·
Dari segi bahasa Sunnah bererti jalan.
Maksud Sunnah Nabi adalah segala sesuatu yang disebutkan, diakurkan dan
diamalkan. Sunnah Nabi bernilai syar'i dan perlu untuk mengikutinya. Sunnah
yang demikian dijadikan sebagai teladan dan ikutan. Sesuatu di luar itu boleh
dilaksanakan boleh juga tidak, ia merupakan sesuatu yang tidak wajib seperti Nabi
biasa menunggang unta, memakai pakaian budaya Arab, perang dengan pedang, dan
sebagainya. Perkara ini adalah wasailul hayah yang boleh berubah dan tidak
mesti mengikutinya. Yang perlu diikuti dan bernilai sunnah adalah yang bersifat
minhajul Hayat. Sunnah ini dijadikan sebagai fiqh ahkam untuk rujukan beramal
atau mengambil keputusan.
Dalil
·
Hadits dan sirah Nabi
a. Fiqhul Ahkam
Sarahan
·
Bagi muslim dalam menjalankan hidup dan
dakwah tentunya menghadapi banyak cabaran selain dari bagaimana mesti menjalani
hidup ini dengan sempurna. Peranan hukum atau aturan sebagai panduan membawa
kita ke arah yang sempurna sangatlah diperlukan. Rasul dijadikan sebagai tempat
ketaatan dan ikutan, dan juga sebagai rujukan hukum. Fiqh ahkam yang digunakan
sebagai dalil juga memerlukan pandangan sunnah.
Dalil
·
4: 64, 65, Rasul sebagai rujukan hukum
dalam mengurus perselisihan
Ringkasan Dalil
Hamba di antara hamba-hamba
Allah (18:110, 17:1)
Seorang rasul di antara para
Rasul (26:3, 3: 144)
Keadaannya sebagai manusia
(25:7, 13:38), nasabnya (hadits) dan jasadnya (hadits)
Penyampai misi (72:28)
Penunai amanah (5:3, 33:39,
5:67)
Pemimpin ummat (4:41, 17:71)
Sirah/perjalanan hidup nabi -
fiqhus sirah (12:112)
Dakwah Nabi - fiqhuh dakwah
(9:40)
Fiqih hukum (4:65)
15. Sifatur
Rasul
Sinopsis
Mengenal
Rasul perlu mengenal sifat-sifatnya. Bahagian tingkah laku, personaliti, dan
penampilan diwarnai oleh sifat seseorang. Begitupun Nabi Muhammad SAW dapat
digambarkan melalui sifat-sifatnya. Mengetahui sifat-sifat ini diharapkan kita
menyedari siapa sebenarnya Rasul dan kemudian kita dapat mengikutinya. Sifat
Nabi seperti manusia biasa yang sempurna dapat diikuti oleh kita, kerana
tingkah laku atau perbuatannya seperti yang dilaksanakan manusia maka kita pun
mesti dapat mengikutinya. Kemudian kita semakin percaya kepada apa-apa yang
dibicarakan atau disampaikan Rasul adalah yang benar kerana sifat beliau yang
'ismah (terpelihara dari kesalahan), selain itu beliau adalah orang yang cerdas
bererti apa yang dibawanya adalah hasil daripada pemikiran dan analisa yang
mendalam, tepat dan baik. Sifat amanah adalah juga sifat asas yang setiap
manusia mesti menyenangi berkawan dengan mereka yang amanah, kita sebagai
muslim perlu mengikuti sifat ini dengan sempurna begitupun dengan sifat lainnya
seperti tabligh dan iltizam. Sifat-sifat ini menggambarkan akhlak mulia yang
diwarnai oleh akhlak Al Qur,an dan sangatlah sesuai dijadikan sebagai contoh
yang baik bagi kita.
16. Hasiyah
1. Basyariyah (manusia)
Sarahan
·
Rasul sebagai manusia biasa seperti kita
semua. Perbezaannya adalah Allah memberikan wahyu untuk disampaikan kepada
orang lain. Kenapa Allah SWT perlu menegaskan bahawa Rasul itu manusia biasa.
Dengan penegasan ini maka dapat disimpulkan bahwa Rasul dari golongan kita
juga, dari manusia yang seperti kita juga misalnya makan, minum, tidur,
beristeri, bekerja, belajar, penat, dan sifat-sifat kemanusiaan lainnya. Perbedaannya
hanyalah terletak kepada amanah yang Allah berikan kepada Rasul iaitu wahyu.
Meyakini betul bahawa Rasul seperti kita maka tidak ada alasan bagi kita untuk
menolak perintah Rasul, tidak ada alasan tidak mampu, tidak boleh dan
sebagainya. Juga tidak boleh beri alasan anak, isteri, sibuk kerja dan
sebagainya kerana Rasul juga mempunyai tanggung jawan demikian juga terhadap
anak, isteri dan sebagainya.
Dalil
·
14:11, Rasul sebagai manusia biasa
2. 'Ismah (terpelihara dari
kesalahan)
Sarahan
·
Manusia biasa yang tidak mendapatkan wahyu
mungkin melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi bagi para Rasul yang diberi
amanah untuk menyampaikan dakwah mesti terpelihara dari kesalahan kerana yang
disampaikan adalah sesuatu yang berasal dari Allah SWT. Allah SWT perlu
memelihara aturan dan firmannya dari kesalahan. Dengan sifat Rasul demikian
iaitu dijaga oleh Allah SWT maka apa yang dikeluarkan Nabi adalah benar dan
kita perlu meyakininya.
Dalil
·
5:67, Allah memelihara Rasul dari kejahatan
manusia
·
66:1, Allah pengampun lagi penyayang
3. Sidq (benar)
Sarahan
·
Rasul - rasul dan Muhammad SAW mempunyai
sifat sidq yang membawa kebenaran. Orang yang membawa kebenaran tentunya ia
sendiri bersifat sidq sehingga apa yang disampaikan dapat diterima. Oleh itu,
dengan sifat ini ramai masyarakat jahiliyah menerima Islam. Sifat sidq bererti
mengikuti Islam sebagai sumber kebenaran. Tidak mengikuti Islam bererti
mengikuti hawa nafsunya sehingga menjauhkan diri dari kebenaran.
Dalil
·
39:33, Muhammad SAW membawa kebenaran
·
53:3-4, Tiadalah ia berbicara menurut hawa
nafsunya
4. Fatanah (cerdas)
Sarahan
·
Kecerdasan Rasulullah dapat dilihat
bagaimana Rasul menyusun dakwah dan strategi-strategi seperti berperang,
berdakwah ke tempat lain dan sebagainya. Di antara kecerdasan Rasul adalah
mempunyai pandangan bahawa Islam akan menaklukkan Mekah dan menaklukkan
Khaibar. Rasul menggambarkan pada saat tersebut ummat Islam masuk ke Masjidul
Haram dengan aman sentosa, serta bercukur dan menggunting rambut kepala tanpa
sedikitpun. Kecerdasan Rasul dalam memperkirakan kekuatan Ummat Islam dan
kelemahan pihak lawan juga dibuktikan di dalam peperangan lainnya.
Dalil
·
Hadits
·
48:27, pandangan Nabi terhadap kemenangan
Islam
5. Amanah
Sarahan
·
Sifat lainnya adalah Amanah. Amanah secara
umum bererti bertanggungjawab terhadap apa yang dibawanya, menepati janji,
melaksanakan perintah, menunaikan keadilan, memberikan hukum yang sesuai dan
dapat menjalankan sesuatu yang disepakatinya. Sifat demikian dimiliki oleh para
Rasul dan kita mesti mengikutinya. Sifat ini sangatlah diperlukan di dalam
kehidupan kita tidak hanya dalam segi ibadah khusus tetapi secara umum seperti
bekerja, belajar dan berhubungan dengan orang lain. Bos di tempat kita bekerja
akan menyenangi kita yang mempunyai sifat amanah ini bahkan dengan sifat ini
kita akan berjaya dan berprestasi.
Dalil
·
4:58, Alah menyuruhmu supaya menunaikan
amanah
6. Tabligh (menyampaikan)
Sarahan
·
Salah satu rahsia kenapa Islam tersebar
dengan cepat ke seluruh pelosok tempat dan bagaimana pula dengan cepatnya
perubahan-perubahan di tengah masyarakat.Kenapa jumlah bilangan pengikut Islam
semakin hari semakin ramai dan semakin banyak yang menyokongnya. Jawabannya
adalah sifat tabligh dimiliki oleh Rasul dan pengikutnya. Setiap muslim
merasakan bahawa dakwah atau menyampaikan Islam sebagai suatu kewajiban yang
perlu dilaksanakan di mana sahaja dan bila masa sahaja. Ertinya dalam keadaan
bagaimanapun, Ummat Islam sentiasa menyampaikan risalah ini kepada siapa sahaja
yang menerimanya.
Dalil
·
5:67, Sampaikanlah apa yang diturunkan
kepadanya
7. Iltizam (komitmen)
Sarahan
·
Rasulullah SAW beserta Rasulnya sangatlah
dikenal dengan komitmenya dengan Islam dan apa yang dibawanya. Beliau tahan dan
tidak merasa takut sedikitpun menghadapi cabaran dan tantangan dari pihak
jahiliyah. Rasul selalu komitmen dan dapat menghadapi cabaran dengan baik.
Sifat iltizam ini perlu dipupuk pada diri kita kerana dengan sifat inilah,
nilai-nilai Islam pada diri kita menjadi terpelihara dengan baik. Tanpa iltizam
maka godaan syaitan dan gangguan kafir menjadi terasa pada kita dan perubahan
berlaku bahkan menjadi futur dan sesat . NauzubilLah. Kemenangan bersama-sama
dengan sifat iltizam ini.
Dalil
·
17:74, kalau sekiranya tiadalah kami
tetapkan komitmen engkau, sesungguhnya hampir engkau condong sedikit kepada
mereka itu.
·
68:1-8, menggambarkan bagaimana Muhammad
SAW disebut gila kerana ia tetap komitmen dengan Islam, tahan dari cabaran kesesatan
dan tidak mengikuti orang yang mendustakan agama Allah.
8. Khuluqin Azim (akhlak yang
mulia)
Sarahan
·
Sifat-sifat yang dimiliki oleh para rasul
menggambarkan akhlak yang mulia. Akhlak mulia bererti akhlak yang tinggi
kemudian untuk mencapainya perlu proses dan latihan. Tidak semua manusia boleh
mencapai akhlak ini kecuali mereka yang mengikuti tarbiyah islamiyah. Akhlak
mulia yang dimiliki seseorang maka akan disenangi oleh masyarakat di
sekitarnya, mereka menerima dan menyambut individu yang berakhlak mulia. Sunnah
dakwah melihatkan bahawa kebencian pihak Jahiliyah kerana aqidah yang dibawa
ummat Islam bukan kerana akhlaknya. Mereka menerima akhlak Islam kerana tidak
merugikannya bahkan menguntungkannya.
Dalil
·
68:4, Sesungguhnya engkau (ya Muhammad)
mempunyai akhlak yang mulia.
9. Akhlak Qur'an
Sarahan
·
Akhlak mulia adalah juga akhlak Al Qur'an.
Bererti akhlak Rasul adalah amalan dan tingkah laku yang sesuai dengan Al
Qur'an atau yang diarahkan oleh Al Qur'an. Jadi untuk mendapati akhlak mulia
seperti yang dimiliki Rasul maka mesti mengamalkan Al Qur'an dalam kehidupan
sehari-harinya. Al Qur'an berjalan adalah akhlak Rasul.
Dalil
·
Hadits, bertanya kepada Aisyah RA
bagaimanakah akhlak RasululLah ? jawabannya adalah khuluquhu Al Qur'an.
10. Uswatun Hasanah (teladan
yang baik)
Sarahan
·
Pada diri Rasul Muhammad SAW terdapat
contoh yang baik iaitu akhlak yang mulia yang digambarkan oleh Allah SWT.
Sebagai contoh yang nyata bagaimana menjadi muslim yang berakhlak mulia dan
bagaimana al Qur'an tertanam dalam diri kita maka ikutilah Nabi Muhammad SAW.
mereka yang mengikuti nabi ini adalah mereka yang mengharapkan rahmat Allah dan
hari yang kemudian, serta ia banyak mengingat Allah.
Dalil
·
33:21, Sesungguhnya pada Rasul Allah
(Muhammad) ada ikutan yang baik bagimu.
Ringkasan Dalil
Sifat-sifat Rasul:
Manusia sempurna (14:11, 25:8)
Terpelihara dari kesalahan
(5:67, 80:1, 66:1)
Benar (39:33, 53:3-4)
Cerdas (Hadits, 48:27)
Amanah (4:58, 69:44-46)
Menyampaikan (5:67, 81:24,
80:1-2)
Komitmen yang sempurna (17: 73,
68:6)
Akhlak yang agung (68:4) iaitu
akhlak Qur'an - Hadits
Sebagai suri teladan (33:21).
17. Wadhifatur
Rasul
Sinopsis
Tugas
Rasul dapat dibahagikan kepada dua iaitu menyampaikan risalah dan menegakkan
dienulLah. Kedua tugas ini adalah inti sari dari perintah Allah SWT dzan amaln
dakwah Nabi Muhammad SAW. Risalatud dakwah yang dibawa oleh Nabi adalah
memperkenalkan masyarakat Jahiliyah kepada penciptanya, perkara ini tidak lah
begitu sukar kerana setiap manusia mempunyai fitrah untuk menerima kholiq.
Setelah itu menjadikan mereka sebagai muslim. Sebagai muslim, perlu untuk
mengetahui bagaimana cara beribadah dan mengikuti Islam. Tugas Rasul
diantaranya adalah m,enjelaskan cara pengabdian kepada Allah, menjelaskan Islam
sebagai panduan hidup. Usaha menyampaikan risalah secara berkesan dengan
melaksanakan tarbiyah Islamiyah iaitu dengan menekankan kepada arahan dan
nasihat.
Tugas
kedua adalah menegakkan dienulLah. Tugas ini tidak semua muslim memahaminya
atau tidak mengetahui bagaimana untuk merealisasikannya. Rasul sebagai pembawa
risalah adalah suatu pengetahuan umum bagi kita tetapi tidak demikian dengan
peranan untuk menegakkan agama Allah. Beberapa aktiviti untuk menegakkan dien
Allah ini adalah menegakkan khilafah, membangun rijal, minhajud dakwah dan
merealisasikan risalah.
18. Hasiyah
1. Wazifatur Rasul (tugas Rasul)
Sarahan
·
Allah SWT memerintahkan Rasul untuk
menyampaikan wahyu dan sebagai hasil dari penyebaran wahyu ini adalah
terbentuknya dienulLah. Oleh kerana itu tugas utama menyampaikan dakwah ini
juga perlu diiringi dengan menegakkan dien Allah. Kedua tugas ini saling berkaitan
oleh sebab itu, kita perlu memahaminya secara mendalam agar dapat menjalankan
dakwah dengan baik. Menyampaikan risalah adalah pekerjaan Nabi yang utama dan
kita pun sudah mengikuti tugas ini sebagai kewajiban dari seorang Muslim. Namun
demikian, tidak ramai muslim mengetahui dan bagaimana menyusun dakwah hingga
tegaknya dien Allah.
Dalil
·
5:67, Rasul diperintahkan untuk
menyampaikan dakwah
·
42:13-15, Allah memberikan wasiat kepada
para Rasul untuk menegakkan dien.
2. Risalatud Dakwah
(menyampaikan dakwah)
Sarahan
·
Tugas Rasul yang diperintahkan langsung
oleh Allah SWT dan merupakan ciri-ciri dari kerasulan adalah menyampaikan
dakwah kepada manusia. Dalam menyampaikan dakwah, Allah SWT di dalam firmannya
banyak yang menggugah hati manusia dengan mengingatkan mereka kepada ciptaan
Allah yang maha agung, sama ada memperlihatkan alam semesta, haiwan ataupun
tumbuh-tumbuhan. Setelah itu bagaimana cara beribadah. Usaha perubahan ini
dilakukan oleh Rasul secara berkesan melalui tarbiyah Islamiyah.
Dalil
·
5:67, Rasul diperintahkan untuk
menyampaikan dakwah
·
33:39, Nabi menyampaikan risalah agama
Allah
a. Makrifatul Kholiq (mengenal
pencipta)
Sarahan
·
Mengenal Allah adalah suatu yang mudah bagi
fitrah manusia. Mengenal Kholik melalui makhluk iaitu alam semesta dan manusia,
seperti kejadian alam, proses pembentukan manusia, pergantian siang malam dan
sebagainya. Akal sebagai suatu wasilah untuk mengenal kholik. Para saintis
mempunyai kemampuan menerangkan peristiwa alam, namun tidak semua diantara
mereka yang dapat mengaitkannya kepada pencipta (Allah).
Dalil
·
41:53, Allah Swt memperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda kekuasaan kami di ufuq dan pada diri mereka sendiri.
·
3:190, Sesungguhnya tentang kejadian langit
dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda bagi orang yang berakal.
b. Kayfiyatul Ibadah (cara
beribadah)
Sarahan
·
Mengabdi kepada Allah, menjalankan perintah
Allah dan Rasul adalah ibadah. Bagaimana cara beribadah, Allah SWT tidak
sebutkan secara detil. Rasul yang kemudian menjelaskannya kerana Rasul sebagai
manusia dan sesuai untuk masanya. Dengan model dari Rasul dalam menjalankan
ibadah maka jelaslah satu per satu amalan dan cara yang benar dalam beribadah
kepada Allah.
Dalil
·
Hadits, Sholatlah kamu seperti halnya aku
sholat.
c. Minhajul Hayah (pedoman
hidup)
Sarahan
·
Menyampaikan risalah selain berkaitan
dengan pengenalan kepada Kholiq dan cara ibadah, juga mengenalkan panduan hidup
(Islam) secara benar. Islam sebagai minhajul hayat menggambarkan Islam sebagai
dien yang menyeluruh dan lengkap yang mencakupi segala aspek dalam kehidupan
seperti politik, negara, bermasyarakat dan ber ekonomi.
Dalil
·
3:19, Islam sebagai dien yang Allah redhai
·
Hadits
d. Tarbiyah
Sarahan
·
Tarbiyah adalah minhaj Rabbaniyah yang
penting dan tidak dapat ditinggalkan dalam menjalankan dakwah ini. Tarbiyah
sebagai cara yang berkesan dalam membangun rijal ke arah pembentukan syaksiyah
Islamiyah dan pembentukan daiyah. Jadi media penyampaian risalah Nabi yang
utama dan sangat berperanan adalah Tarbiyah. Di dalam tarbiyah mencakupi taujih
(arahan) dan nasihah.
Dalil
·
Hadits dan Sirah Nabawiyah seperti tarbiyah
di rumah Arqom b Abi Arqom.
3. IqomatuddienulLah (menegakkan
dien Allah)
Sarahan
·
Menegakkan dienulLah juga merupakan
perintah atau arahan yang datangnya dari Allah. Tegaknya dien mesti dimulai
oleh tegaknya Islam di dalam diri peribadi, keluarga dan masyarakat. Usaha ini
tercapai melalui penyampaian risalah, dimana tarbiyah adalah cara yang paling
berkesan untuk mencapai objektif ini.
·
Tegaknya dien perlu didukung oleh
penyusunan peribadi dan pembentukan strategi untuk mencapai kejayaan Islam di
tengah masyrakat. Perancangan dan pentadbiran dakwah nabi sudah dibuktikan
kejayaannya.
Dalil
·
42:13-15, Allah memberikan wasiat kepada
para Rasul untuk menegakkan dien.
a. Iqomatul Khilafah (menegakkan
khilafah)
Sarahan
·
Mengikut kepada firmanNya bahawa setiap
mukmin akan diberi kedudukan sebagai khalifah di muka bumi ke atas makhluk
lainnya. Namun demikian dari segi kenyataan tidak semuanya orang Islam
mendapatkan kedudukan khalifah. Mereka yang mendapatkan peranan khalifah adalah
mereka yang berusaha untuk berdakwah dan menegakkan dien Allah sahaja.
Dalil
·
24:55, Allah akan mengangkat kamu menjadi
khalifah sebagaimana orang sebelum kamu, Allah akan menetapkan agama Islam yang
direhainya untuk mereka, dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan.
·
48:27, Pandangan Nabi yang dibenarkan Allah
dalam meramalkan kemenangan Islam.
b. Binau Rijal (membangun Rijal)
Sarahan
·
Menegakkan dien tidak mungkin dikerjakan
sendirian sahaja. Usaha ini perlu dilakukan secara berjamaah. Mereka yang
bersama pun perlu memiliki kekuatan, kefahaman yang jelas, aqidah yang bersih
dan memegang minhaj yang betul. Kebersamaan dari kader - kader diperolehi
melalui pembangunan rijal. Tarbiyah adalah usaha untuk membangun rijal yang
dipersiapkan sebagai tonggak dakwah. Cara bagaimana bina rijal ini kita merujuk
kembali bagaimana Rasul melaksanakan pembinaan kepada para sahabat.
Dalil
·
3:104, bentuklah dari sebahagianmu orang
untuk melakukan amar makruf dan nahiy mungkar
c. Minhajud Dakwah (panduan
dakwah)
Sarahan
·
Al Qur'an dan Sunnah adalah minhaj dakwah
yang penuh dengan petunjuk-petunjuk bagaimana menjalankan dakwah. Banyak
contoh-contoh misalnya kita disuruh berdakwah lembut, ramah, tidak boleh keras,
dengan pengajaran yang baik, nasehat, memaafkan dan mengampunkan mereka.
·
Minhaj Dakwah dalam menegakkan dien juga
membincangkan bagaimana dakwah melalui pendekatan ekonomi, budaya, sosial dan
politik. Selain itu Rasul juga menggambarkan dakwah mengikuti potensi
masing-masing seperti di zaman sekarang sebagai consultant, accountant,
engineer dan sebagainya.
Dalil
·
3:159, pendekatan dakwah yang lembut dan
ramah dapat mengelakkan mad'u dari bercerai berai. Elakkan berbuat jahat,
berhati kasar dalam pendekatan dakwah.
d. Tathbiqur Risalah (aplikasi
risalah)
Sarahan
·
Aplikasi dari penerimaan risalah Islam
adalah mengamalkan Islam secara keseluruhannya dalam kehidupan seharian.
tegaknya dien tidak akan wujud apabila mereka yang menerima sekedar tahu dan
kemudian tidak mengamalkan. Tegaknya dien akan tercapai apabila setiap individu
mengaplikasikannya dalam hidup. Setelah mereka tahu, kemudian diamalkan kedalam
dirinya dan didakwahkan kepada orang lain merupakan usaha yang dapat
mempercepat tegaknya dien di muka bumi ini.
Dalil
·
2:208, Orang beriman disuruh masuk
(mengamalkan) Islam secara keseluruhan
·
6:162, katakanlah sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku, semuanya bagi Allah, tuhan semesta
alam.
Ringkasan Dalil
Umum:
Menyampaikan risalah (5:67,
33:39)
Memperkenalkan Al Khaliq (7:
175)
Menjelaskan cara pengabdian
(hadits)
Menjelaskan pedoman hidup
(hadits)
Mendidik para sahabat: dengan
arahan dan nasihat
Khusus:
Menegakkan dienulLaah (42:
13-15)
Menegakkan khilafah (24:55,
48:27)
Membina kader (3:104)
Membuat konsep dakwah (3:159)
Melaksanakan panduan hidup
(2:208, 6:162)
19. Khosoisu
Risalah Muhammad SAW
Sinopsis
Nabi
Muhammad SAW mempunyai ciri-ciri yang khusus dibandingkan dengan para rasul
lainnya. Diantara ciri-ciri tersebut adalah sebagai nabi penutup, penghapus
risalah sebelumnya, membenarkan nabi sebelumnya, menyempurnakan risalah,
diperuntukkan bagi manusia seluruh alam, dan sebagai rahmat bagi alam semesta.
Ciri-ciri ini dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW dan tidak dimiliki oleh para
Rasul sebelumnya. Nabi Muhammad sebagai penutup bererti tidak ada lagi nabi
setelah nabi Muhammad SAW, ia pun menghapuskan risalah sebelumnya yang bererti
risalah sebelumnya tidak lagi digunakan setelah datangnya Nabi Muhammad SAW,
beliaupun membenarkan Nabi sebelumnya dan adanya Nabi Muhammad tidak untuk
kaumnya sahaja tetapi bagi seluruh manusia dan bagi semesta Alam.
RasululLah
tampil sebagai pembawa risalah Islam yang mencakupi huda dan dienul Haq. Selain
itu hadirnya RasululLah SAW di tengah kita adalah sebagai saksi, pembawa berita
gembira dan peringatan, menyeru ke jalan Allah dan sebagai pelita yang
menerangi.
20. Hasiyah
1. Khotama Al Anbiya (Nabi
penutup)
Sarahan
·
Allah SWT te;ah menurunkan Nabi sebanyak
124,000 dan Rasul sebanyak 313 orang. Namun demikian di dalam Al Qur'an yang
disebutkan hanya sebanyak 25 orang sahaja. Perhatikan Al Qur'an surat 40:78,
4:163-164, 6:84-86. Seperti juga ada diungkapkan bahawa setelah Rasul Musa AS
ada sebanyak 36 pelanjut Risalahnya. Sedangkan penutup bagi semua Rasul dan
Nabi itu adalah Nabi Muhammad SAW.
Dalil
·
33:40, Muhammad itu bukan bapa salah
seorang diantara lelaki kamu tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan dari
Rasul-Rasul Allah
2. Nasikhu Ar Risalah (penghapus
risalah)
Sarahan
·
Risalah terdahulu hanya untuk kaum tertentu
sahaja, sehingga hanya sesuai untuk kaum tersebut. Selain itu risalah terdahulu
mengikuti keadaan dan situsai serta keperluaan semasa waktu itu sehingga hanya
sesuai pada saat tersebut sahaja.
·
Risalah Nabi Muhammad sebagai pelengkap
dari risalah sebelumnya dan sekaligus memansukhkan risalah sebelumnya. Risalah
Nabi Muhammad SAW sesuai dan dapat digunakan oleh semua manusia dan dapat
diamalkan hingga hari kiamat.
·
Risalah terdahulu yang dibawa oleh ratusan
Nabi dan Rasul mempunyai pendekatan dakwah yang sesuai dengan pendekatan
kaumnya misalnya pendekatan dakwah Nabi Daud dengan kekuatan fizikal, Nabi
Sulaiman pandai bercakap dengan haiwan, pokok, jin dan mempunyai kekuatan
memindahkan kerajaan dan sebagainya, Nabi Ibrahim berdakwah dengan memotong
semua kepala berhala, Nabi Isa AS tidak berkahwin dan banyak contoh lainnya.
Disimpulkan bahawa pendekatan-pendekatan dakwah dan risalah yang dibawa oleh
Nabi sebelumnya tidaklah sesuai lagi bagi zaman sekarang.
Dalil
·
Hadits.
·
33:40, sebagai penutup nabi. 61:8,
membenarkan para nabi sebelumnya.
·
34:28, ditujukan untuk seluruh manusia.
·
21:107, menjadi rahmat bagi alam semesta.
3. Musoddiqu Al Anbiyak
(membenarkan para nabi)
Sarahan
·
Banyak tentangan dan cabaran yang mencuba
menghapuskan agama Allah, namun demikian Allah SWT sentiasa menjaga dan
memeliharanya dari serangan kaum kafir. Di antaranya dengan memenangkan Islam
atas agama lainnya atau dengan menurunkan para Rasul dan Nabi untuk kembali
menegakkan kesilapan atau kejahiliyahan ummat. Nabi Muhammad SAW sebagai nabi
akhir melengkapi risalah sebelumnya dan dijadikan sebagai rujukan utama bagi
ummat Islam
Dalil
·
61:8,9 Mereka hendak memadamkan risalah
Allah tetapi Allah SWT pelihara dan menyempurnakannya. Kemudian Allah SWT
mengutus Rasul-Nya dengan memberikan petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia
memenangkan agama Allah itu atas sekalian agama.
4. Mukammilu Ar Risalah
(penyempurna risalah)
Sarahan
·
Selain membenarkan Rasul dan Nabi
sebelumnya yang membawa risalah Islam. Kehadiran nabi Muhammad SAW juga
diperuntukkan menyempurnalkan risalah sebelumnya. Risalah sebelumnya cenderung
diperuntukkan bagi suatu kaum tertentu sahaja dan bagi saat tertentu. Berbeza
dengan Nabi Muhammad SAW yang diutus untuk semua manusia (tidak untuk kaumnya
sahaja) dan berlaku hingga hari kiamat.
5. Kaafatalinnaas (untuk seluruh
manusia)
Sarahan
·
Rasul Muhammad SAW berbeza dengan para
Rasul dan Nabi sebelumnya di mana Nabi Muhammad SAW diutus bagi kepentingan
ummat manusia secara keseluruhan dengan tidak mengira suku, bangsa, warna
kulit, bahasa dan sebagainya. Sehingga dapat dilihat perkembangan Islam pada
masa ini di mana muslim tersebar di seluruh pelusuk dunia.
Dalil
·
34:28, Kami tiada mengutus engkau Ya
Muhammad melainkan kepada sekalian ummat manusia untuk memberi khabar gembira
dan peringatan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui
6. Rahmatul Alamin (rahmat bagi
alam semesta)
Sarahan
·
Kehadiran Nabi Muhammad SAW di muka bumi
ini adalah sebagai rahmat bagi seluruh alam yang tidak sahaja manusia tetapi
juga alam, haiwan, pokok dan sebainya. Manusia pun dengan kehadiran Nabi
Muhammad mendapatkan rahmat dan kebaikan. Manusia kafir dan jahiliyah pun
mendapatkan rahmat dari kedatangan Islam. Dengan demikian Islam dan Nabi
Muhammad tidak hanya untuk ummat Islam tetapi kebaikannya juga dirasakan oleh
manusia lainnya. Islam adalah membawa agama fitrah yang sesuai dengan
penciptaan manusia, jadi apabila Islam disampaikan maka akan dirasakan sesuai
oleh manusia.
·
Alam, haiwan dan pokok pun dilindungi dan
dipelihara dengan kedatangan Islam. Umat Islam sebagai khalifah di muka bumi
melaksanakan pemeliharaan dan penjagaan alam dengan demikian kestabilan terwujud
dan alam serta isinya menjadi damai.
Dalil
·
21:107, kami tiada mengutus engkau (ya
Muhammad), melainkan menjadi rahmat untuk semesta alam.
7. Risalatul Islam
Sarahan
·
Risalah Nabi Muhammad SAW adalah risalah
Islam, yang dibawanya adalah sesuatu yang benar. Hal ini tercermin dari akhlak,
keperibadian dan sifat-sifat Nabi yang mulia.
·
Inti dari risalah Nabi Muhammad SAW adalah
huda (petunjuk) dan dien yang benar. Risalah membawa huda kerana Islam itu
sendiri sebagai panduan bagi manusia.
Dalil
·
48:28, Dia yang mengutus rasul-Nya dengan
membawa petunjuk dan agama yang haq (benar), supaya agama itu mengalahkan semua
agama. Dan Allah cukup menjadi saksi.
8. Ad dakwah
Sarahan
·
Rasul menggunakan Islam sebagai petunjuk
dan juga Allah menangkan Islam sebagai dienul Haq ke atas agama-agama lainnya.
Usaha ini tidak akan tercapai apabila tidak dilaksanakan dakwah.
·
Rasul dalam menjalankan dakwahnya mempunyai
peranan sebagai saksi atas ummatnya, memberi penyampaian nilai-nilai Islam yang
bersifat kabar gembira ataupun kabar peringatan.
·
Allah SWT sekali lagi menegaskan bahawa
Rasul berdakwah dengan menyeru manusia agar kembali kepada Allah dan kemudian
Rasul sebagai pelita yang menerangi.
·
Peranan Nabi yang digambarkan di dalam
surat 33:45-46 adalah sebagai da'i. Beliau berdakwah dengan mengajak manusia
dan bersifat sebagai pelita yang sentiasa dijadikan rujukan bagi manusia.
Dalil
·
33:45-46, Hai Nabi, sesungguhnya kami
mengutus engkau sebagai saksi atas ummat dan untuk memberi khabar gembira dan
khabar takut. Dan untuk menyeru (manusia) kepada Allah dengan izin-Nya, dan
menjadi pelita yang menerangi.
Ringkasan Dalil
Muhammad
Penutup para Nabi (33: 40)
Penghapus risalah sebelumnya (
hadits )
Membenarkan para Nabi sebelumnya
(61:8)
Penyempurna risalah sebelumnya,
ditujukan untuk seluruh manusia (34:28)
Ditujukan untuk menjadi rahmat
bagi semesta alam (21:107)
Risalah Muhammad adalah risalah
Islam: intinya petunjuk / Al Qur'an dan dien yang benar/Al Islam
Wajib berdakwah:
Menjadi saksi (33:45)
Memberi berita gembira (33:45)
Memberi peringatan (33:45)
Menyeru ke jalan Allah (33:46)
Cahaya yang menerangi (33:46)
21. Wajibat
Nahwa Rasul
Sinopsis
Muslim
yang menyebut bahawa Muhammad adalah Rasulullah di dalam syahadatnya maka
bererti individu tersebut akan membenarkan apa yang dikhabarkannya, mentaati
semua perintahnya, menjauhi apa yang dilarangnya, dan tidak dikatakan beribadah
kecuali dengan mengikuti syariatnya. Penerimaan dan ketaatan serta ibadah
kepada-Nya melalui petunjuk Rasul adalah hasil dari persaksian ke atas Nabi
yang kemudian dari sini muncul kewajiban-kewajiban yang perlu dijalankan.
Kewajiban
kami (muslim) kepada Rasul adalah mengimanainya, mencintai, mengagungkan,
membelanya, mencintai para pencintanya, menghidupkan sunnahnya, memperbanyak
shalawat, mengikutinya dan mewarisi risalahnya. Dengan kewajiban ini setiap
muslim akan sentiasa menjaga dirinya berada di dalam saf Islam. Kewajiban ini
sebagai janji dan komitmen dari persaksian kita kepada Nabi bahawa Muhammad SAW
adalah RasullulLah.
Hasiyah
1. Muhammad RasullulLah.
Sarahan
·
Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir
yang dijadikan sebagai Nabi dan Rasul penutup. Beliau sebagai model terbaik dan
melengkapi nabi dan rasul sebelumnya. Risalah yang dibawanya sangatlah
bersesuaian dengan keadaan saat ini dan diperuntukkan bagi semua manusia.
·
Berbagai kelebihan dan keutamaan pada diri
Nabi sangatlah banyak, sehingga kita perlu menyimpulkan bahawa beliaulah yang
paling sesuai untuk diikuti. Kemudian bagaimanakah kewajiban kita kepadanya?
Dalil
·
33:40, Muhammad SAW sebagai Nabi penutup
·
34:28, diperuntukkan kepada semua manusia
2. Membenarkan apa yang
dikabarkannya
Sarahan
·
Nabi Muhammad SAW adalah Rasul yang membawa
kebenaran. Setiap yang disampaikannya adalah benar dan berasal dari Allah SWT.
Beliau mengajak kita untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasuul-Nya. Usaha
pertama sebelum kita beriman, kita mesti menerima dan membenarkan apa yang akan
kita yakini. Selama kita tidak menerima maka selama itu kita tidak dapat
membenarkan risalah Nabi dan juga tidak akan kita beriman kepada-Nya. Orang
yang membenarkan risalah-Nya adalah orang yang bertaqwa.
Dalil
·
Hadits.
·
39:33, orang yang membawa kebenaran
(Muhammad SAW) dan orang-orang yang membenarkannyaadlah mereka itu orang yang
taqwa.
3. Mentaati semua perintahnya
Sarahan
·
Orang yang beriman adalah tentera yang siap
dan sedia mendapat arahan dan perintah dari atasan. Atasan kita adalah allah
SWT dan Nabi SAW. Dialah yang berhak sebagai atasan kita kerana dialah
pencipta, pemberi rezki, pengatur, dan pemiliki kita. Sedangkan Nabi adalah
orang yang ditunjuk langsung oleh Allah sebagai pembimbing kita. Sikap kita
yang terbaik adalah dengar dan taat perintah-Nya.Kerana setiap perintah itu
adalah untuk kebaikan kita juga.
Dalil
·
24:51, sesungguhnya perkataan orang beriman
apabila dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dihukum antara mereka,
bahawa mereka berkata: kami dengar dan kami taat. Mereka itulah orang yang
menang
·
5:7, kami dengar, kami taat dan takutlah
kamu kepada Allah
4. Menjauhi apa yang dilarangnya
Sarahan
·
Muhammad SAW sebagai rasul yang mendapat
lesen dari Allah SWT untuk menyampaikan wahyu-Nya maka kita mesti mengiktiraf
keadaan beliau dan menjadikan diri Nabi sebagai bahagian di dalam kehidupan
kita. Beliau berhak mengatur kehidupan kita kerana ini untuk kebaikan kita
sendiri. Oleh kerana itu, apabila beliau melarang sesuatu maka ikuti
larangannya. Inilah jaln terbaik.
Dalil
·
59:7, &ldots; apa-apa yang diberikan
rasul kepadamu, hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang dilarangnya, hendaklah
kamu hentikan dan takutlah kepada Allah.
5. Tidak dikatakan beribadah
kecuali dengan mengikuti syariatnya
Sarahan
·
Mentaati Allah mesti melalui ketaatan
kepada Rasul. Yang ditaati adalah syariat yang dibawanya sama ada yang
disampaikan di dalam Al Qur'an ataupun Sunnah Nabi. Kita tidak akan dapat
beribadah kecuali mengikuti Rasul dan syariat-Nya.
Dalil
·
hadits
·
4:80, barang siapa mentaati rasul,
sesungguhnya ia telah mentaati Allah.
6. Kewajiban terhadap rasululLah
a.Mengimani
Sarahan
·
Kewajiban kita terhadap Nabi adalah mengimaninya.
Dengancara ini kita akan terhindar dari api neraka dan azab yang pedih
Dalil
·
hadits.
·
61:10, 11, suatu perniagaan yang akan
melepaskan kita dari azab yang pedih adalah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
dan berjuang di jalan Allah dan Rasul-Nya.
b. Mencintai
Dalil
·
hadits,
c. Mengagungkan
Dalil
·
(48:7)
d. Membelanya
Dalil
·
(9:40, 61:14)
e. Mencintai para pencintanya
Dalil
·
(48:29)
f. Menghidupkan sunnahnya
Dalil
·
(Hadits, 3:130)
g. Memperbanyak sholawat
Dalil
·
(33:56)
h. Mengikutinya
Dalil
·
(3:31)
i. Mewarisi risalahnya
Dalil
·
(48:28)
Ringkasan Dalil
Muhammad RasullulLah:
membenarkan apa yang dikabarkannya (Hadits, 39:33),
Mentaati semua perintahnya
(24:51, 5:7, 4:115)
Menjauhi apa yang dilarangnya
(59:7)
Tidak dikatakan beribadah
kecuali dengan mengikuti syariatnya (hadits, 4:80)
Kewajiban terhadap rasululLah
mengimani (hadits, 61:11)
Mencintai (hadits)
Mengagungkan (48:7)
Membelanya (9:40, 61:14)
Mencintai para pencintanya
(48:29)
Menghidupkan sunnahnya (Hadits,
3:130)
Memperbanyak sholawat (33:56)
Mengikutinya (3:31)
Mewarisi risalahnya (48:28)
No comments:
Post a Comment