Hand Book
TARBIYAH ISLAMIYAH
SERI MAKRIFATULLAH

Oleh:
ASRUL
RAHMAN, S.Pd.I
BINUANG
AMASSANGAN
2014
MA'RIFATULLAH
Pendahuluan
Mengenal Rasul adalah suatu kewajiban
bagi setiap muslim untuk mengamalkan Islam secara sempurna. Tanpa Rasul maka
kita tidak dapat melaksanakan Islam dengan baik. Kehadiran Rasul memberikan
panduan dan bimbingan kepada kita bagaimana cara mengamalkan Islam. Dengan
demikian Rasul adalah penting bagi muslim sebagai metod atau tariqah untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Mengenal Rasul tidak sahaja dalam
bentuk fizikal atau penampilannya tetapi segala aspek syar’i berupa sunnah yang
didedahkan Nabi kepada kita sama ada tingkah laku, perkataan ataupun sikap.
Pengenalan kepada Rasul dapat dilihat melalui sirah nabi yang menggambarkan
kehidupan Nabi serta latar belakangnya seperti nasab. Kemudian melalui sunnah
dan dakwah Nabi pun dapat memberikan penjelasan siapa Nabi sebenarnya.
Pakej Makrifatur Rasul ini
membincangkan bagaimana mengenal Rasul, apa sahaja yang perlu dikenal dari Rasul
dan bagaimana pula kita mengamalkan Islam melalui petunjuk Rasul. Yang penting
dari pakej ini adalah kita mengetahui, memahami dan dapat mengamalkan Sunnah
Nabi dan menjalankan Ibadah dengan baik.
Dengan mengenal Rasul diharapkan kita
dapat mencintai Rasul dan mengikutinya, perkara ini sebagai cara bagaimana kita
taat dan mencintai Allah SWT. Oleh itu mengenal Rasul tidak sahaja dari segi
jasad, nasab dan latar belakangnya, tetapi bagaimana beliau beribadah dan
beramal soleh. Sesetengah masyarakat mengetahui dan mengamalkan sunnah Nabi
dari segi ibadah sahaja bahkan dari segi penampilan sahaja. Sangat jarang
muslim yang mengambil contoh kehidupan Nabi secara keseluruhannya sebagai
contoh, misalnya peranan Nabi dari segi politik, pemimpin, peniaga dan juga
Nabi sebagai suami, ayah dan ahli di masyarakat. Semua peranan Nabi ini perlu
dicontoh dan diikuti sehingga kita dapat mengamalkan Islam secara sempurna dan
menyeluruh. Walaupun demikian, ummat Islam masih menjadikan Nabi sebagai Rasul
adalah dari segi lafaz atau kebiasaan ummat Islam bersalawat ke atas Nabi.
Bagaimanapun ummat Islam yang sholat akan selalu bersalawat ke atas nabi dan
selalu menyebutnya
Pengenalan kepada Rasul juga pengenalan
kepada Allah dan Islam. Memahami Rasul secara komprehensif adalah cara yang
tepat dalam mengenal Islam yang juga komprehensif. Rasul dikenal sebagai
peribadi teladan dan ikutan yang unggul dan lelaki terpilih di antara manusia
yang sangat layak dijadikan model bagi setiap muslim. Bererti Nabi adalah
ikutan bagi setiap tingkah laku, perkataan dan sikap yang disunnahkannya.
Mencintai Nabi sebagai hasil dari
mengenal Rasul tidak sahaja dalam menyebut namanya setelah sholat, mengadakan
acara barzanji, merayakan hari maulid Nabi dan bentuk acara-acara
lainnya.Kemudian mereka tidak mengamalkan sunnah ataupun tingkah laku asas yang
dimilikinya seperti sidiq, tabligh, amanah dan fatanah. Keadaan demikian sangat
merugi bagi setiap muslim. Atau sebahagian sangat taasub dengan pakaian Nabi,
sorban, songkok dan sebagainya, sebahagian lagi sekedar mengutip hadits Nabi
untuk ceramahnya tetapi tidak diamalkan, bahkan ada yang menolak beberapa
sunnah atau tingkah laku Nabi. Keadaan demikian, berlaku ditengah masyarakat
awam sebagai akibat dari tidak fahamnya mereka kepada Rasul secara benar dan
utuh.
Bagi ummat Islam yang terlibat dengan
dakwah Islam, ramai yang tidak merujuk kepada metod atau minhaj Nabi dalam
berdakwah sehingga tidak mendapatkan hasil yang optima. Kegagalan dakwah
sentiasa dihadapi oleh para da’i, ketidak berkesanan dakwah dan kurangnya hasil
atau bekas dakwah sebagai bahagian penilaian dakwah. Dengan mengenal Rasul,
kita dapat menyimpulkan bahawa dakwah yang dibawa oleh Rasul adalah dakwah yang
berkesan dan sudah menghasilkan perubahan-perubahan masyarakat ke arah yang
positif. Bahkan Rasul telah membuktikan bahawa Islam menyebar ke seluruh dunia
dan Islam dipegang oleh berbagai suku atau bangsa di dunia ini. Kemudian
kegagalan pada saat ini disebabkan kerana tidak merujuk kembali bagaimana
kejayaan dan kegemilangan yang telah dicapai Nabi dulu.
Metod Rabbani yang dibawa oleh Rasul
perlu difahami dan diamalkan dengan baik. Objektif ini dicapai apabila kita
mengenal Rasul. Pakej ini mencuba untuk membentangkan apa sahaja keperluan kita
mengenal Rasul, supaya kita mempunyai motivasi dan sedar tenteng keperluan kita
memahami Rasul, Kemudian definisi Rasul, peranan Rasul, sifat-sifat Rasul,
tugas Rasul ciri-ciri risalah Muhammad, Kewajiban kita terhadap Rasul, dan
akhirnya hasil yang kita dapati dengan mengikuti risalah Rasul.
Ahammiah Makrifatullah
Sinopsis
Makrifatullah atau mengenal
Allah adalah subjek utama yang mesti disempurnakan oleh seorang muslim. Para
mad'u yang diajak untuk terlibat sama di dalam dakwah mestilah dipastikan betul
mereka memiliki kefahaman dan pengenalan yang sahih terhadap Allah s.w.t. Mesti
terpacak kukuh di dalam hati sanubari bahawa Allah adalah sebagai
"Rabb" kepada sekelian alam. Keyakinan ini tentu sekali bersandarkan
kepada berbagai dalil dan bukti yang kukuh. Dari keyakinan ini, akan membuahkan
peningkatan iman dan taqwa. Personaliti merdeka dan bebas adalah yang lahir
dari pengenalan yang mantap terhadap Allah. Juga akan lahir ketenangan,
keberkatan dan kehidupan yang baik sebagai manifestasi dari mengenali Allah. Di
akhirat akan dikurniakan pula dengan balasan syurga Allah. Semua ini adalah
bergaris penamat di keredhaan Allah s.w.t.
Hasyiah
1. Kepentingan ilmu
makrifatullah
Syarah:
·
Riwayat ada menyatakan bahawa perkara
pertama yang mesti dilaksanakan dalam agama adalah mengenal Allah (awwaluddin
makrifatullah) . Bermula dengan mengenal Allah,maka kita akan mengenali diri
kita sendiri. Siapakah kita, dimanakah kedudukan kita berbanding
makhluk-makhluk yang lain, apakah sama misi hidup kita dengan binatang-binatang
yang ada di bumi ini, apakah tanggungjawab kita dan kemanakah kesudahan hidup
kita. Semua persoalan itu akan terjawab secara tepat setelah kita mengenali
betul-betul Allah sebagai Rabb dan Ilah. Yang Mencipta, Yang Menghidupkan, Yang
Mematikan dan seterusnya.
Dalil:
·
47:19. Ayat ini mengarahkan kepada kita
dengan bahasa (ketahuilah olehmu) bahawasanya tidak ada ilah selain Allah dan
minta ampunlah untuk dosamu dan untuk mukminin dan mukminat. Apabila al-Quran
menggunakan sighah amar (perintah) maka ia menjadi wajib menyambut perintah
tersebut. Dalam konteks ini mengetahui atau mengenali Allah (makrifatullah )
adalah wajib.
·
3:18: Allah menyatakan bahawa tidak ada
tuhan melainkan Dia, dan telah mengakui pula para malaikat dan orang-orang yang
berilmu sedang Allah berdiri dengan keadilan. Tidak ada tuhan melainkan Dia
Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
·
22:72-73: Allah telah menjanjikan kepada
mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah samada ayat qauliah atau kauniah dengan
api neraka. Janji ini Allah turunkan di dalam surah al-Hajj ayat 72-73: Apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang kamu dapati pada muka-muka
orang kafir kemarahan. Hampir-hampir mereka menendang orang-orang yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat kami. Katakanlah kepada mereka : Hendakkah
aku khabarkan kepada kamu dengan yang lebih buruk daripada itu , iaitulah
neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang kufur dan itulah
seburuk-buruk tempat kembali. Wahai manusia, dibawakan satu permisalan maka
hendaklah kamu dengar ! Sesunggguhnya orang-orang (berhala-berhala) yang engkau
sembah selain Allah tidak akan mampu mencipta seekor nyamuk sekalipun seluruh
mereka berkumpul untuk tujuan itu. Dan jika mereka dihinggapi oleh seekor
lalat, mereka tidak mampu untuk menyelamatkan diri. Lemahlah orang yang
menuntut dan orang yang dituntut (sembah).
·
Oleh yang demikian makrifatullah menerusi
ayat-ayatNya adalah suatu kepentingan utama perlu dilaksanakan agar terselamat
dari api neraka.
·
39:67 : Mereka tidak mentaqdirkan Allah
dengan ukuran yang sebenarnya sedangkan keseluruhan bumi berada di dalam
genggaman-Nya pada Hari Kiamat dan langit-langit dilipatkan dengan Kanan-Nya.
Maha Suci Dia dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka sekutukan.
·
Orang-orang kafir tidak mentaqdirkan Allah
dengan taqdir yang sebenarnya kerana mereka tidak betul-betul makrifatullah.
Ayat ini menarik kita agar tidak salah taqdir terhadap hakikat ketuhanan Allah
yang sebenarnya. Oleh itu memerlukan makrifatullah yang sahih dan tepat.
2. Tema perbicaraan
makrifatullah - Allah Rabbul Alamin
Syarah:
·
Ketika kita membicarakan tentang
makrifatullah, bermakna kita berbicara tentang Rabb, Malik dan Ilah kita. Rabb
yang kita fahami dari istilah al-Quran adalah sebagai Pencipta, Pemilik,
Pemelihara dan Penguasa. Manakala Ilah pula mengandungi erti yang dicintai,
yang ditakuti dan juga sebagai sumber pengharapan. Kita boleh lihat hal ini di
dalam surah An-Naas : 1-3. Inilah tema di dalam makrifatullah. Jika kita
menguasai dan menghayati keseluruhan tema ini, bermakna kita telah mampu menghayati
makna ketuhanan yang sebenarnya.
Dalil:
·
13:16 : Katakanlah: Siapakah Rabb segala
langit dan bumi ? Katakanlah : Allah. Katakanlah: Adakah kamu mengambil wali
selain daripada-Nya, yang tiada manafaat kepada dirinya dan tidak pula dapat
memberikan mudarat ? Katakanlah: Adakah bersamaan orang yang buta dengan orang
yang melihat ? Bahkan adakah bersamaan gelap dengan Nur (cahaya)? Bahkan adakah
mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu yang menjadikan sebagaimana Allah
menjadikan, lalu serupa makhluk atas mereka ? Katakanlah : Allah Allah yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dia Esa lagi Maha Kuasa.
·
6:12: Katakanlah : Bagi siapakah apa-apa
yang dilangit dan dibumi ? Katakanlah: Bagi Allah. Dia telah menetapkan ke atas
diri-Nya akan memberikan rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu
pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang merugikan
diri mereka, maka mereka tidak beriman.
·
6:19: Katakanlah : Apakah saksi yang paling
besar ? Katakanlah: Allah-lah saksi di antara aku dan kamu . Diwahyukan
kepadaku al-Quran ini untuk aku memberikan amaran kepada engkau dan sesiapa
yang sampai kepadanya al-Quran. Adakah engkau menyaksikan bahawa bersama Allah
ada tuhan-tuhan yang lain ? Katakanlah: Aku tidak menyaksikan demikian. Katakanlah:
hanya Dialah tuhan yang satu dan aku bersih dari apa yang kamu sekutukan.
·
27:59: Katakanlah: Segala puji-pujian itu
adalah hanya untuk Allah dan salam sejahtera ke atas hamba-hambanya yang
dipilih. Adakah Allah yang paling baik ataukah apa yang mereka sekutukan.
·
24:35: Allah memberi cahaya kepada seluruh
langit dan bumi
·
2:255 Allah. Tidak ada tuhan melainkan Dia.
Dia Hidup dan Berdiri Menguasai seluruh isi bumi dan langit.
3. Didukung dengan dalil yang
kuat:, 75: 14-15
Syarah:
·
Makrifatullah yang sahih dan tepat itu
mestilah bersandarkan dalil-dalil dan bukti-bukti kuat yang telah siap
disediakan oleh Allah untuk manusia dalam berbagai bentuk agar manusia berfikir
dan membuat penilaian . Oleh kerana itu banyak fenomena alam yang disentuh oleh
al-Quran diakhirkan dengan persoalan tidakkah kamu berfikir, tidakkah kamu
melihat, tidakkah kamu mendengar dan sebagainya. Pertanyaan-pertanyaan itu
boleh mendudukkan kita pada satu pandangan yang konkrit betapa semua alam
cakerawala ini adalah di bawah milik dan pentadbiran Allah s.w.t.
Dalil:
·
Naqli - 6:19: Allah menurunkan al-Quran
kepada Rasul sebagai bahan peringatan untuk manusia
Aqli - 3:190: Kejadian langit, bumi dan
pertukaran siang malam menjadi bukti bagi orang yang berfikir
Fitri - 7:172 : Pertanyaan Allah kepada anak adam di alam fitrah, bukan Aku tuhanmu ? Lalu diakuri
Fitri - 7:172 : Pertanyaan Allah kepada anak adam di alam fitrah, bukan Aku tuhanmu ? Lalu diakuri
4. Dapat menghasilkan :
peningkatan iman dan taqwa
Syarah:
·
Apabila kita betul-betul mengenal Allah
menerusi dalil-dalil yang kuat dan kukuh, hubungan kita dengan Allah menjadi
lebih akrab. Apabila kita hampir dengan Allah, Allah lebih lagi hampir kepada
kita. Setiap ayat Allah samada dalam bentuk qauliah mahupun kauniah tetap akan
menjadi bahan berfikir kepada kita dan penambah keimanan serta ketakwaan. Dari
sini akan menatijahkan personaliti hamba yang merdeka, tenang, penuh keberkatan
dan kehidupan yang baik. Tentunya tempat abadi baginya adalah syurga yang telah
dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba yang telah diredhaiNya.
5. Kemerdekaan
·
6:82 : Orang-orang yang beriman dan tidak
memcampurkan keimanannya dengan kezaliman, untuk merekalah keamanan sedang
mereka itu mendapat petunjuk.
6. Ketenangan
·
13:28 : Orang-orang yang beriman dan
tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa dengan mengingati
Allah itu, tenteramlah segala hati.
7. Barakah
·
7:96: Kalau sekiranya penduduk negeri itu
beriman dan bertaqwa, nescaya kami tumpahkan kepada mereka keberkatan dari
langit dan bumi tetapi mereka itu mendustakan sebab itu Kami siksa mereka
dengan sebab usahanya itu.
8. Kehidupan yang baik
·
16:97: Sesiapa yang melakukan kebaikan baik
lelaki mahupun perempuan sedang dia beriman nescaya Kami siapkan dia dengan
kehidupan yang baik
9. Syurga
·
10:25-26: Mereka yang melakukan kebaikan
akan mendapat kebaikan dan tambahan dari Allah dan mereka akan menjadi penduduk
tetap syurga Allah.
10. Mardhotillah:
·
98:8: Balasan untuk mereka di sisi tuhannya
ialah syurga Adne yang mengalir sungai dibawahnya sedang mereka kekal
selama-lama di dalamnya . Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada
Allah. Syurga itu untuk orang-orang yang takut kepada Allah.
At-Thoriq Ila Makrifatillah
Sinopsis
Apabila kita ingin mencapai
sesuatu sasaran, pastinya kita mesti tahu apakah dan bagaimanakah jalan yang
akan menyampaikan kita kepada sasaran itu. Begitu juga dengan sasaran untuk
mengenal Allah bukan sebarangan cara boleh digunakan kerana jalan yang tidak
betul akan membawa kepada pengenalan yang salah. Jalan menuju kepada
makrifatullah adalah menerusi ayat-ayat yang terang dan jelas sebagai satu
penyataan dari Allah (ayat qauliah). Ayat ini adalah penyataan-penyataan
pengenalan yang difirmankan oleh Allah sendiri di dalam al-Quran. Selain itu,
ada juga ayat-ayat kauniah yang menjadi bahan berfikir manusia terhadap
kejadian alam yang begitu unik ini. Dari dua jalan ini Islam mengajak manusia
menggunakan akal dan juga naql untuk menuju makrifatullah . Kedua-dua metod ini
akan melahirkan keyakinan, langsung mencetuskan pembenaran (tasdiq) dalam hati
kecil manusia yang akhirnya membuahkan keimanan yang mantap terhadap Allah
s.w.t.
Selain metod ini, ada juga
manusia yang menggunakan metod duga-dugaan dan hawa nafsu untuk mengenal Allah.
Paling pasti adalah mereka tidak akan bertemu sasarannya yang sebenar malah dia
boleh dipermainkan oleh syaitan seperti yang berlaku kepada penganut hindu,
budha dan lain-lain lagi yang menggambarkan tuhan itu mengikut apa yang mereka
khayalkan. Metod ini akan berakhir dengan kekufuran.
Hasyiah
1.Jalan menuju pengenalan
terhadap Allah s.w.t .
Syarah
·
Allah s.w.t tidak menampilkan kewujudan
Zatnya Yang Maha Hebat di hadapan makhluk-makhluknya secara langsung dan dapat
dilihat seperti kita melihat sesama makhluk bahkan selagi kita boleh nampak
dengan mata kepala kita, maka itu bukanlah tuhan . Allah juga menganjur kepada
manusia menerusi Nabi s.a.w supaya berfikirlah pada makhluk-makhluk Allah
tetapi jangan sekali anda berfikir tentang zat Allah. Makhluk-makhluk yang
menjadi tanda kebesaran dan keagungan Allah inilah yang disarankan di dalam
banyak ayat al-Quran agar menjadi bahan berfikir tentang kebesaran Allah.
2.Ayat Qauliah
Syarah
·
Ayat-ayat qauliah adalah ayat-ayat yang
difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Ayat-ayat ini boleh menyentuh
pelbagai aspek termasuklah jalan-jalan kepada makrifatullah.
Dalil
·
95:1-5 : Allah mengajak kita berfikir
tentang kejadian makhluknya termasuk buah-buahan, bukit-bukau bahkan diri
manusia itu sendiri sehingga akhirnya manusia dapat menyimpulkan satu keyakinan
bahawa penciptanya adalah Allah.
3.Ayat Kauniah
Syarah
·
Ayat Kauniah adalah ayat atau tanda yang
wujud di sekeliling kita yang diciptakan oleh Allah. Ayat-ayat ini adalah dalam
bentuk benda, kejadian, peristiwa dan sebagainya yang ada di dalam alam ini.
Oleh kerana alam ini hanya mampu dilaksanakan oleh Allah dengan segala sistem
dan peraturan nya yang unik, maka ia menjadi tanda kehebatan dan keagungan
Penciptanya.
Dalil
·
41:53: Allah menjelaskan bahawa Dia akan
tunjukkan ayat-ayat kauniah-Nya diufuq dan juga pada diri manusia sendiri
sehingga menjadi terang dan jelas akan kekuasaan Allah.
·
3:190: Pada kejadian langit dan bumi serta
pertukaran siang dan malam juga adalah ayat kauniah kepada kekuasaan Allah bagi
sesiapa yang berakal.
4.Metod Islam dengan naqli dan
akal
Syarah
·
Islam menghargai nilai akal yang dimiliki
manusia kerana dengan sarana akal ini manusia mampu berfikir dan memilih antara
yang benar atau salah. Walau bagaimanapun, dengan akal semata-mata tanpa
panduan dari Pencipta akal pencapai pemikiran cukup terbatas. Apa lagi jika
dicampurkan dengan anasir hawa nafsu dan zhan. Gabungan antara kemampuan akal
dan panduan dari Penciptanya akan menghasilkan pengenalan yang tepat dan mantap
terhadap Allah s.w.t. Menjadi satu kesalahan apabila manusia tidak menggunakan
akalnya untuk berfikir.
Dalil
·
10:100-101: Tiadalah seseorang itu beriman
melainkan dengan izin Allah. Dia menjadikan siksaan atas orang-orang yang tidak
berfikir. KatakanlahPerhatikanlah apa-apa yang dilangit dan dibumi. Tetapi
tidak bermanafaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman.
·
65:10 Ancaman Allah dengan siksaan bagi
mereka yang berakal tapi tidak berfikir
·
67:10 Penyesalan yang pasti bagi mereka
yang tidak berfikir
6.Tasdiq (membenarkan)
Syarah
·
Hasil dari berfikir dan meneliti secara
terus menurut pedoman-pedoman yang sewajarnya, akan mencetuskan rasa kebenaran,
kehebatan dan keagungan Allah . Boleh jadi ia berbetulan dengan firman Allah
53:11( Tiadalah hatinya mendustakan (mengingkari) apa-apa yang dilihatnya).
Hati mula membenarkan dan akur kepada kebijaksanaan Tuhan.
Dalil
·
3:191: Orang-orang yang mengingati Allah
setiap ketika akan terungkap pada lisannya ucapan Maha Suci Engkau ya Allah.
·
50:37: Yang demikian itu menjadi peringatan
bagi orang yang mempunyai hati atau mendengarkan sedang hatinya hadir.
7.Menghasilkan iman
Syarah
·
Metod pengenalan kepada Allah yang dibawa
oleh Islam ini cukup efektif secara berurutan sehingga akhirnya menghasilkan
keimanan sejati kepada Allah azzawajalla.
8.Metod selain Islam
Syarah
·
Pemikiran berkenaan theologi dan ketuhanan
banyak juga di bawa oleh pemikir-pemikir dari serata dunia tetapi tidak
berlandaskan kepada metod yang sebenar. Kebanyakannya berlandaskan duga-dugaan,
sangka-sangkaan dan hawa nafsu. Pastinya metod cacamerba ini tidak akan sampai
kepada natijah yang sebenar kerana bayang-bayang khayalan tetap menghantui
pemikiran mereka. Ada tuhan angin, tuhan api, tuhan air yang berasingan dengan
rupa-rupa yang berbeza seperti yang digambarkan oleh Hindu, Budha dan
seumpamanya.
9.Dugaan dan hawa nafsu
Syarah
·
Dua unsur utama dalam metod mengenal Tuhan
yang tidak berlandaskan disiplin yang sebenar adalah sangka-sangkaan dan juga
hawa nafsu. Campurtangan dua unsur ini sangat tidak mungkin untuk mencapai
natijah yang tepat dan sahih.
Dalil
·
2:55 : Kaum Nabi Musa mengambil anak lembu
sebagai tuhan dan cabar untuk tidak beriman dengan Musa kecuali setelah melihat
Allah secara terang, lalu mereka disambar oleh halilintar.
·
10:36: Kebanyakan mereka tidak mengikut
kecuali duga-dugaan semata-mata. Sesungguhnya dugaan itu tidak cukup untuk
mendapat kebenaran sedikitpun.
·
6:115 : Telah tamatlah kalimah Tuhanmu
dengan kebenaran dan keadilan.
10.Ragu-ragu
Syarah
·
Apabila jalan yang dilalui tidak jelas dan
tidak tepat, maka hasil yang di dapati juga sangat tidak menyakinkan. Mungkin
ada hasil yang didapati, tetapi bukan hasil yang sebenarnya. Bagaimanakah kita
ingin mengenal Allah tetapi kaedah pengenalan yang kita gunakan tidak menurut
neraca dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kadangkala sayyidina umar
tersenyum sendirian mengenangkan kebodohannya menyembah patung yang dibuatnya
sendiri dari gandum sewaktu jahiliah , apabila terasa lapar dimakannya pujaan
itu.
Dalil
·
22:55: Orang-orang kafir sentiasa dalam
keraguan.
·
24:50: Apakah ada dalam hati mereka
penyakit, atau mereka masih ragu-ragu atau takut
11.Berakibat kufur
Semua metod pengenalan yang
tidak berasaskan cara yang dianjurkan oleh Islam iaitu menerusi aql dan Naql
akan menemui jalan serabut iaitu kekufuran terhadap Allah s.w.t.
Mawani' Makrifatullah
Sinopsis
Walaupun ayat-ayat Allah sama
ada ayat-ayat qauliah mahupun kauniah adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang
ingin membaca dan menelitinya , namun terdapat berbagai halangan yang akan
berhenti di hadapan kita yang didokong oleh iblis dan hawa nafsu bagi
memastikan anak cucu adam terus berada di dalam kesesatan dan jauh dari
petunjuk Allah s.w.t. Halangan-halangan ini muncul dalam bentuk sifat-sifat
peribadi yang kontradik berpunca dari syahwat seperti nifaq, takabbur, zalim,
dusta dan sifat-sifat yang berpunca dari salah faham atau syubhat seperti
jahil, ragu-ragu, menyimpang. Kesemua ini menatijahkan kekufuran terhadap Allah
s.w.t.
Hasyiah
Sifat yang berasal dari penyakit
syahwat
1. Fasiq
Syarah
·
Iaitu orang-orang yang melanggar janji
Allah, memutuskan apa yang diperintahkan oleh Allah menghubungkannya dan mereka
melakukan bencana di atas muka bumi
Dalil
·
2:26-27: Sesungguhnya Allah tidak malu
menjadikan nyamuk untuk menjadi perumpamaan atau benda yang lebih hina
daripadanya. Adapun orang-orang yang beriman mengetahui bahawa yang demikian
itu suatu kebenaran dari Tuhan tetapi orang-orang yang kafir berkata: Apakah
maksud Allah dengan perumpamaan ini ?
·
59:19: Janganlah kamu seperti orang-orang
yang melupakan Allah lalu Allah menjadikan mereka lupa terhadap diri mereka
sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.
2. Sombong
Syarah
·
Adalah orang yang hatinya engkar dan
membantah terhadap ayat-ayat Allah dan mereka tidak beriman dengan Allah
Dalil
·
16:22 : Orang-orang yang tidak beriman kepada
hari Akhirat, hati mereka indkar dan merekaitu orang-orang yang sombong
·
40:35: Orang-orang yang membantah ayat-ayat
Allah tanpa keterangan yang sampai kepada mereka. Amat besarlah kebencian di
sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman (terhadap mereka). Demikianlah
Allah mengecap/ menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas.
·
40:56 : Orang-orang yang membantah
ayat-ayat Allah tanpa keterangan
·
7:12: Allah telah menghalau Iblis dari
syurga kerana bersikap sombong dan tidak mahu tunduk kepada arahan Allah.
3. Zalim
·
61:7: Siapakah yang terlebih zalim daripada
orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diseru kepada Islam ?
Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
·
32:22 : Siapakah yang lebih zalim daripada
orang-orang yang diberikan peringatan dengan ayat-ayat tuhannya kemudian dia
berpaling daripadanya&ldots;
4. Dusta
·
2:10 : Dalam hati mereka ada penyakit (syak
wasangka) lalu ditambah Allah penyakit itu dan untuk mereka itu siksa yang
pedih kerana mereka berdusta.
·
77:9-19: Kecelakaan bagi mereka yang
mendustakan ayat-ayat Allah.
5. Banyak dosa
·
83:14 : Berkarat hati mereka kerana dosa
yang mereka lakukan.
Semua sifat-sifat yang
disebutkan di atas tadi akan berakhir dengan kemurkaan dari Allah s.w.t. Walau
bagaimanapun sifat-sifat ini boleh dirawati dan diubati dengan usaha yang penuh
mujahadah. Manakala kelompok kedua adalah sifat-sifat yang berasal dari
penyakit syubhat yang ada pada personaliti seseorang.
7. Jahil
·
39-65: Orang-orang yang tidak mengambil iktibar
dari wahyu
8. Ragu-ragu
·
22:55: Orang-orang kafir sentiasa di dalam
keraguan
9. Menyimpang
·
5:13 : Oleh kerana mereka melanggar
perjanjian , Allah kutuk mereka dan menjadikan hati mereka keras sehingga
mereka mengubah kalimat Allah.
10. Lalai
·
7:179 : Mereka memiliki hati, mata dan
telinga tetapi semuanya tidak difungsikan dan mereka menjadi seumpama binatang
lalu disediakan kepada mereka jahannam.
Semua sifat-sifat yang berpunca dari
syubhat ini akan berakhir dengan kesesatan kerana ia menghalang dari menerima
hidayah daripada Allah. Fenomena ini boleh diubati dengan ilmu-ilmu Islam yang
di dapati lalu diaplikasikan dalam bentuk amalan .
Adillah Ala Wujudillah
Sinopsis
Kewujudan Allah s.w.t adalah
sesuatu yang cukup terang sehingga sesetengah pihak yang ekstrem berpendapat
kewujudan Allah tidak perlu kepada dalil lantaran terlalu jelas. Walau
bagaimanapun dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah ini boleh kita lihat
dari berbagai aspek, antaranya dari aspek fitrah, aspek pancaindera, dari aspek
logik /aqal, dari aspek nas/naql dan juga dari aspek sejarah. Bila kita
membicarakan dalil-dalil kewujudan Allah, kita tidak bermaksud
perbincangan-perbincangan falsafi yang merumitkan tetapi bagaimana dalil-dalil
itu dapat difahami dengan mudah dan menunjangkan keyakinan terhadap Allah
s.w.t.
Hasyiah
1. Dalil Fitrah
Syarah
·
Adalah dalil yang lahir dari fitrah asal
manusia itu sendiri. Hal ini banyak dirakamkan di dalam al-Quran, bagaimana
manusia umumnya mengakui kewujudan Allah.
Dalil
·
7:172 : Allah bertanya: Bukankah Aku Tuhan
kamu ? Sahutnya: Ya, Kami menjadi saksi
·
29:61 : Demi kalau engkau tanyakan kepada
mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan
bulan, nescaya mereka menjawab: Allah.
·
43:9 : Demi jika engkau tanyakan kepada
mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab: yang
menciptakan semuanya adalah (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
·
75:14-15: Bahkan manusia jadi saksi atas
dirinya sendiri meskipun ia menerangkan beberapa keuzuran
2. Dalil Indera
Syarah
·
Adalah dalil-dalil yang dapat dinikmati,
dilihat, dirasai atau disentuhi oleh indera.
Dalil
·
54:1: Telah hampir saat kiamat dan bulan
pun terbelah
·
17:1 : Maha Suci Allah yang telah
memperjalankan hambanya di malam hari dari Masjidil Haram
·
8:9 : Sesungguhnya Aku menolong kamu dengan
seribu malaikat yang beriringan
·
3:125: Ya, jika kamu sabar dan taqwa dan
datang orang-orang kafir itu bersegera kepadamu tuhanmu menolongmu dengan lima
ribu malaikat
3. Dalil Aqli
Syarah
·
Adalah dalil-dalil yang berasaskan akal
Dalil
·
41:53: Nanti akan Kami perlihatkan kepada
mereka ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka
sendiri.
·
27:88 : Engkau lihat gunung-gunung, engkau
kira ia tetap padahal ia lari seperti larinya awan
·
87:1-4: Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha
Tinggi yang menciptakan semua alam lalu meyempurnakan kejadiannya, dan yang
menentukan dan memberi petunjuk dan yang menumbuhkan padang rumput
(tanam-tanaman).
4. Dalil Naqli
Syarah
·
Adalah dalil-dalil yang bersandarkan kepada
nas-nas.
Dalil
·
4:82 : Tidakkah mereka mentadabbur al-Quran
? Sekiranya al-Quran itu dari sisi selain Allah nescaya mereka mendapati banyak
perselisihan di dalamnya.
·
17:88 : Katakanlah: Demi jika jika
berhimpun manusia dan jin hendak memperbuat seumpama al-Quran ini, nescaya
mereka tidak dapat memperbuat seumpamanya.
·
15:9: Sesungguhnya Kami telah menurunkan
al-Quran dan dan Kami memeliharanya.
5. Dalil Sejarah
Syarah
·
Adalah dalil-dalil kekuasaan dan keagungan
Allah yang diambil dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di atas muka
bumi.
Dalil
·
3:137 : Sesungguhnya telah lalu beberapa
peraturan (Allah) sebelum kamu, maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan
perhatikanlah, bagaimana akibatnya orang-orang yang mendustakan agama.
·
7:176 : Demikianlah umpamanya kaum yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Sebab itu kisahkanlah kisah itu, mudah-mudahan
mereka berfikir.
·
12:111: Sesungguhnya dalam kisah-kisah
mereka itu ada ibrah (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal.
·
11:120: Setiap riwayat kami kisahkan
kepadamu di antara perkhabaran para rasul supaya Kami tenteramkan hatimu
dengannya.
Mengagung Allah dan Mentauhidkan
Allah
Syarah
·
Dari semua dalil-dalil yang dapat dilihat
di atas itu adalah berfungsi menguatkan pandangan kita betapa keagungan Allah
s.w.t begitu luarbiasa dan menundukkan kita sendiri di hadapan keagungan ini.
Langsung mencetuskan tauhidullah yang luarbiasa.
Dalil
·
21:92 : Sesungguhnya ini, umat kamu (hai
mukminin) umat yang satu dan Aku tuhanmu, sebab itu sembahlah Aku.
No comments:
Post a Comment